Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Grin dan BEAM Bakal Mengatasi Monero dan ZCash?

Sebelum ini penulis telah menulis tentang MimbleWimble, versi protokol Bitcoin yang direka bentuk untuk menjadikan transaksi Bitcoin lebih privasi dan efisyen dan juga tentang Grin. Untuk pendekkan cerita, jika anda malas untuk klik link di atas ni, Mimblewimble adalah versi protokol Bitcoin yang telah dipermudahkan, yang menggunakan gabungan Confidential Transaction (CT) dan Pederson Commitments untuk membolehkan transaksi menjana ‘faktor yang mengaburkan’ untuk menandatangani transaksi.

Mimblewimble juga menggunakan cara yang agregat transaksi lebih kurang seperti CoinJoin yang membuang keperluan untuk menyimpan data transaksi sebelum ini dalam blockchain. Transaksi dalam blok Mimblewimble adalah kombinasi input dan output yang nampak seperti rawak, dan bukannya blok dengan input dan output yang berkaitan.

Apa itu BEAM?

BEAM yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Januari adalah implementasi pertama Mimblewimble yang dilancarkan, diikuti Grin beberapa minggu kemudian. Protokol BEAM ditulis dalam C++, dan ia menambah beberapa ciri-ciri baru kepada protokol asal Mimblewimble.

Pembangunan BEAM bermula lebih lewat daripada Grin yang sudah dijalankan sejak tahun 2016. Projek BEAM yang bermula pada bulan Mac 2018 dijalankan dengan struktur yang lebih korporat daripada Grin yang dibangunkan dengan pembiayaan komuniti dan juga pembangun yang telah bekerja dengan Mimblewimble sejak mula lagi. Sebaliknya, BEAM lebih fokus kepada menawarkan penyimpanan nilai secara privasi, yang direka bentuk untuk menjadi mesra pengguna dan bersesuaian untuk startup.

Grin VS BEAM

Kedua-dua Grin dan BEAM berasal daripada protokol Mimblewimble, namun begitu, mereka berbeza dari pelbagai segi.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Pentadbiran

Grin lebih dekat dengan akar umbi cypherpunk dan projek itu digerakkan sepenuhnya oleh komuniti dan bergantung harap kepada sumbangan komuniti dan juga usaha pembangun secara sukarela. Ia lebih fokus kepada implementasi Mimblewimble yang paling mudah dan minima dan penambahan komponen yang tidak begitu banyak kepada reka bentuknya.

Memandangkan pembangun Grin juga adalah pembangun asal yang mula-mula bekerja untuk projek Mimblewimble, kedua-dua Grin dan Mimblewimble sentiasa merujuk kepada siri Harry Potter, dan kebanyakannya pembangunnya menggunakan nama samaran daripada siri fantasi itu.

BEAM pula menggunakan pendekatan startup, dimana ia mengusahakan pembiayaan daripada VC dan pembangun dibayar seperti dalam struktur syarikat tradisional. BEAM Foundation adalah organisasi non-profit yang ditubuhkan di Switzerland yang akan memandu pembangunan projek tersebut.

BEAM tidak seperti Grin menekankan kepada penggunaan untuk perniagaan melalui ciri-cirinya yang boleh dipilih: seperti opt-in auditability yang membolehkan perniagaan menyerahkan rekod transaksi perniagaan kepada auditor atau penguatkuasa kewangan jika perlu. Selain daripada itu, BEAM menggunakan penandatangan transaksi melalui protokol Schnorr, transaksi offline, sokongan automatik swap dengan Bitcoin dan juga integrasi hardware wallet.

Reka bentuk

Grin dibangunkan menggunakan bahasa koding yang lebih kontemporari, iaitu Rust. Grin direka bentuk sebagai matawang kripto yang anonymous dengan bekalan yang tidak terhad. Pembangun Grin telah menetapkan inflasi berbentuk linear ke atas bekalan Grin untuk mengawal kestabilan harga coin itu.

Penggunaan Grin bergantung kepada cirinya yang fungible dan membolehkan privasi transaksi kekal. Satu Grin baru dijana setiap saat, bersamaan 60 setiap blok 1-minit, dan keseluruhan kadar inflasi akan berkurangan setiap tahun sehingga mendekati kosong.

BEAM dibangunkan menggunakan C++ dan melihat coin itu sebagai “store of value” atau penyimpanan nilai dan bukannya wang digital peer-to-peer. Bekalan BEAM terhad kepada 263 juta token BEAM dan menggunakan jadual pengeluaran berdasarkan pembahagian ganjaran blok kepada dua, sama seperti Bitcoin. Ganjaran blok untuk tahun pertama adalah 80 BEAM setiap blok dan akan dibahagikan kepada dua setiap 4 tahun sehingga tahun ke-133 apabila pengeluaran dihentikan.

BEAM mempunyai model seperti Founders Reward ZCash, dimana ganjaran berdasarkan setiap blok diberikan setiap bulan melalui BEAM Treasury kepada BEAM Foundation yang merangkumi pelabur, pembangun dan penasihat. BEAM Treasury digunakan untuk membiayai struktur matawang itu yang seperti sebuah syarikat. Ganjaran yang diberikan adalah 20 BEAM setiap blok untuk tahun pertama dan berkurang kepada 10 BEAM setiap blok untuk empat tahun akan datang.

Perlombongan

Kedua-dua Grin dan BEAM menggunakan versi algoritma PoW Equihash yang berbeza, iaitu Cuckoo Cycle untuk Grin dan Equihash untuk BEAM.

Grin menggunakan algoritma perlombongan dwi-struktur, iaitu kombinasi Cuckoo Cycle dan Equihash yang membolehkan pengguna melombong matawang itu menggunakan GPU pada awalnya, tetapi juga membolehkan penggunaan ASIC di masa akan datang. Cuckoo Cycle adalah algoritma yang terikat kepada memori dalam hardware dan akan kekal sebagai algoritma perlombongan utama Grin selepas 2 tahun, membolehkan perkembangan pasaran perlombongan ASIC di masa akan datang.

BEAM pula mensasarkan rangkaian yang desentralisasi dengan menghalang perlombongan ASIC untuk 12 hingga 18 bulan yang pertama, membolehkan perlombongan BEAM menggunakan GPU. Pembangun BEAM merancang untuk menaik taraf protokol BEAM dengan hard fork beberapa kali dalam masa akan datang untuk menyelenggara algoritma perlombongan, dengan matlamat untuk membenarkan perlombongan menggunakan ASIC akhirnya. Tujuan pembangun BEAM adalah untuk memberi peluang kepada pelombong GPU dahulu sebelum ASIC.

Inisiatif dan inovasi teknikal

Grin

  • GrinSwap
  • Asset sulit
  • Tandatangan Schorr
  • Integrasi ZKP
  • Tandatangan SLP
  • Sokongan multisig, transaksi yang boleh diselaraskan kepada masa, Lightning Network
  • Onion routing
  • Blockchain Pruning
  • Protokol Dandelion

BEAM

  • Agile Atom – ekosistem dan dokumentasi API
  • Bright Boson – termasuk automic swap dengan Bitcoin, integrasi hardware walletwallet Android, Lightning Network, integrasi dengan BTCPay Server
  • Clear Cathode – hard fork algoritma perlombongan, wallet iOS, sokongan multisig, lightning Alpha
  • Double Doppler – penyelidikan konsensus alternatif, keselamatan walletlightning Beta
  • Eager Electron – integrasi I2P/Tor, tandatangan BLS, lightning mainnet

Maklumat CoinMarketCap pada 11 Mac 2019

Grin Price $3.04 USD
Market Rank #199
Market Cap $14,335,112 USD
24h Volume $15,335,446 USD
Circulating Supply 4,708,980 GRIN
Total Supply 4,708,980 GRIN
Max Supply No Data

Beam Price $0.680657 USD
Market Rank #354
Market Cap $6,410,153 USD
24h Volume $6,129,582 USD
Circulating Supply 9,417,600 BEAM
Total Supply 9,417,600 BEAM
Max Supply 262,800,000 BEAM

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.