Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tercetusnya Matawang Kripto ETC

Sejarah tercetusnya matawang ETC

Ethereum classic (ETC) bukanlah sebuah matawang kripto yang baru. Sebaliknya ianya terjadi disebabkan oleh perpecahan matawang kripto Ethereum (ETH). ETC mempunya ciri-ciri yang sama seperti Ethereum dari segi keselamatan, dipercayai umum dan berkebolehan untuk melaksanakan kontrak pintar atas platform blockchain.

Sejarah perpecahan yang berlaku pada matawang Ethereum terjadi pada 2016 dimana kod DAO berjaya diceroboh dan telah mengalami kecurian sebanyak hampir satu pertiga dananya yang bernilai hampir USD50 juta diwaktu itu. Hal ini menimbulkan kekacauan dalam komuniti Ethereum.

Solusi yang diambil adalah berdasarkan undian majoriti dimana ramai yang ingin memadamkan sejarah transaksi untuk mendapatkan kembali dana pelabur supaya dana tersebut tidak jatuh ditangan penggodam tersebut. Antara yang menyokong penuh tindakan ini ialah Vitalik Buterin dan kebanyakan developer lain dalam komuniti Ethereum.

Daripada fork ini, penyokong ETC bercenderung mengatakan bahawa ianya adalah konsep asal Ethereum yang sebenar manakala pengkritik mendakwa ia versi yang kurang penting atau lebih lemah dari segi protokol. Kedua-dua blockchain ini mempunyai persamaan dari segi transaksi sehinggalah blok ke-1920000 dimana fork tersebut berlaku.

 

Perbezaan pendapat antara penyokong ETC dan ETH

EXMO affiliate program

Ketika perpecahan ini berlaku, terdapat dua kumpulan yang mempunyai dua pendapat berbeza. Satu kumpulan yang mewakili majoriti komuniti mengundi untuk fork dan mengelakkan dana tersebut daripada terlepas ke tangan penggodam. Namun sebahagian kumpulan yang lebih kecil bendapat bahawa perkara itu salah.

Mereka percaya bahawa “kod adalah undang-undang” dan bahawa rantaian blok tidak boleh diubah, walaupun majoriti menyokongnya. Kumpulan kedua ini mengambil tindakan sendiri dan hasil daripada perpecahan pendapat inilah tercetusnya ETC.

Apabila Ethereum memadamkan sejarah transaksinya, kumpulan kedua ini bertindak dengan terus melombong dan membangunkan blok asal. Mereka mengambil kedudukan yang mendakwa bahawa solusi ini adalah yang terbaik bagi semua matawang kripto. Oleh kerana kumpulan ini kekurangan majoriti, rantai asal ini dikenali sebagai Ethereum Classic. Kumpulan disebalik ETC juga menyatakan pendapat mereka bahawa pengendalian Yayasan Ethereum terhadap situasi hack DAO itu adalah tidak adil dan salah.

Perbandingan antara ETC dan ETH

Antara platform ETH dan ETC terdapat beberapa persamaan dan perbezaan. Namun rata-rata dari segi perlaksanaan konsensus, masa penghasilan blok adalah hampir sama. Selain itu, ETC juga mempunyai isu skalabiliti yang sama sepert ETH. Beberapa perbezaan ketara yang boleh dilihat antara ETC dan ETH adalah dari segi pengamalan bahawa “kod adalah undang-undang”, dimana tidak ada sebarang organisasi berpusat yang boleh mengubah rangkaian tersebut. Dengan itu, ETC mempunyai ciri transaksi yang tidak boleh diubah seperti idea asal blockchain yang sebenar. Selain itu ETC juga mempunyai limit maksimum pada bekalan matawang mereka iaitu sebanyak lebih kurang 210 juta.

Kelebihan dan kekurangan blockchain ETC

Antara kebaikan ETC adalah ianya merupakan salah satu projek blockchain yang terdiri daripada lebih satu kumpulan pemaju termasuk daripada ETCDEV, IOHK dan Ethereum Commonwealth  yang menjaga protokol, perisian untuk menjalankan node, block explorer dan wallet.  Selain itu, ETC mempunyai Ethereum Virtual Machine (EVM) yang membenarkan pemaju-pemaju untuk mencipta dan menjalankan kontrak pintar mereka diatas blockchainnya.

Ketiga, ETC amat teguh dengan pendirian mereka bahawa “ kod adalah undang-undang” dan menunjukkan kepada umum bahawa projek ETC mempraktikkan idea asal blockchain supaya tiada sebarang transaksi yang boleh diubah setelah berada di dalam rangkaian. ETC juga tidak terikat dengan mana-mana organisasi sepert Ethereum Foundation dan tidak ada seorang individu yang lebih berkuasa daripada protokol sedia ada.

Walaubagaimanapun, projek ETC juga mempunyai beberapa kelemahan, seperti mana-mana projek blockchain yang lain. Antaranya adalah ETC mempunyai komuniti yang lebih kecil berbanding ETH dan kurang aktiviti memajukan blockchainnya berbanding ETH. Selain itu, kerana mempunyai kekurangan nod dan pelombong, ETH juga lebih terdedah pada serangan 51%. Bilangan kontrak pintar dan aplikasi desentralisasi yang berjalan atas ETC juga lebih kecil berbanding ETH. Menurut laman Dapp Direct, cuma terdapat 7 aplikasi desentralisasi yang berada atas blockchain ETC.

 

Kesimpulan ringkas

Jika dilihat secara menyeluruh, dari segi konsep desentralisasi yang betul, tidak banyak blockchain lain yang boleh dibandingkan dengan ETC. Walaupun majoriti penyokong matawang kripto lebih memihak pada solusi Ethereum sewaktu perpecahan berlaku, tidak boleh dinafikan bahawa mereka telah sedikit sebanyak mejejaskan prinsip mereka dengan berbuat demikian. Buat masa ini keutamaan ETC adalah untuk mendapatkan lebih pengguna dan pemaju untuk bekerjasama membangunkan ETC untuk menjayakan ETC sebagai blockchain desentralisasi yang terulung.

 

 

Maklumat tentang Ethereum Classic

Nama token : Ethereum Classic
Penanda token : ETC
Umur : 3 tahun
Konsep : Decentrallized. Immutable. Unstoppable
Pencipta : IOHK (Grothendieck)
Jumlah bekalan : 210,000,000 ETC
Dalam edaran : 105,311,574 ETC
Pre-mine : Ya
Kelajuan transaksi : ~24 transaksi setiap saat (14.07 saat setiap blok)
Yuran transaksi : bergantung kepada rangkaian Ethereum Classic
Algorithm : ethash
Protokol konsensus : PoW
Mining : Ada
Laman web : Ethereum Classic

Nilai pada 16 Oktober 2018
Modal pasaran (USD) : $1,026,985,621 USD
Harga (USD) : $9.75 

Nilai (BTC) : 0.00147719 BTC

Rank (coinmarketcap) : 16

Coinmarketcap profile : https://coinmarketcap.com/currencies/ethereum-classic/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads