Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Adakah ICO Telegram akan Mencapai Matlamat Kutipan lebih USD$2 bilion?

Kemaskini 21/3/2018 : Penulis mendapati screenshot yang disertakan sebelum ini adalah daripada laman web yang fake. Terdapat beberapa laman web yang kononnya adalah ICO Telegram, walaupun ICO Telegram masih belum dibuka kepada orang awam. Masih tiada laman web rasmi yang melancarkan ICO Telegram sewaktu penulisan. Untuk mendapatkan maklumat terkini boleh layari laman web telegram.org.


Aplikasi mesej Telegram sedang menjalankan ICO dengan matlamat kutipan lebih USD$2 bilion. Suatu angka yang sangat besar, apabila dibandingkan dengan jumlah kutipan terbesar dalam ICO iaitu Filecoin dengan kutipan sebanyak USD$257 juta. Namun begitu, dalam laporan terkini syarikat tersebut kepada SEC, Pavel Durov, CEO Telegram telah berjaya mengutip USD$850 juta daripada VC (Venture Capitalist).

ICO untuk token Gram masih belum dibuka kepada orang awam. Telegram menjangka akan mengutip USD$1.15 bilion apabila ianya dilancarkan secara rasmi.

Apa itu (kelebihan) Telegram?

Aplikasi Telegram adalah satu platform yang membolehkan pengguna menghantar encrypted message antara satu sama lain. Menurut Telegram, ia mempunyai lebih 180 juta pengguna aktif dan setiap hari 500 000 pengguna baru akan mendaftar dalam platform tersebut. Telegram juga dinobatkan sebagai aplikasi mesej pilihan pengguna matawang kripto, yang banyak menggunakannya untuk melancarkan ICO, memberi maklumat terkini kepada pengikut dan bekerjasama dengan developers lain.

Berbanding dengan ICO projek lain, Telegram adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi dan jenamanya sudah mapan (established) dalam kalangan pengguna. Tambahan lagi, untuk membolehkan ICO dibuka kepada pengguna di Amerika Syarikat dan mengelakkan risiko penalti, Telegram telah pun mendaftar kepada SEC. Dengan semua ciri-ciri ini, tidak hairanlah mengapa Telegram mempunyai objektif kutipan yang sangat besar berbanding ICO lain.

Apa yang ditawarkan Telegram dalam ICO?

Token Gram yang ditawarkan adalah sebahagian daripada sistem multi-blockchain yang menggunakan protokol konsensus proof-of-stake, yang dinamakan Telegram Open Network (TON). Menurut whitepaper TON, buat masa ini, tiada lagi matawang kripto yang digunakan sebagai pertukaran nilai yang menjadi satu kebiasaan bagi pengguna dalam urusan harian mereka.

TON menggunakan contoh Bitcoin dan Ethereum yang mempunyai transaksi terhad dalam suatu tempoh masa (7 dan 15 setiap saat). Dua lagi isu yang ingin diselesaikan adalah kekeliruan pengguna baru dalam menggunakan matawang kripto dan juga jumlah besar dalam pasaran matawang kripto adalah pelabur, dan bukannya pengguna yang membuat transaksi biasa.

Telegram mempunyai kelebihan yang besar dari segi jumlah pengguna, dan percaya ia membolehkan suatu pasaran besar matawang kripto ditubuhkan. Blockchain TON pula direka bentuk untuk menangani isu skalabiliti melalui teknik sharding seperti Tempo, membolehkan setiap blockchain berpisah dan bersambung bergantung kepada kesibukan dalam rangkaian.

Selain itu, TON akan implementasi mekanisme untuk smart routing, yang dinamakan Instant Hypercube Routing yang akan memproses transaksi dalam blockchain berbeza secara serentak, membolehkan lebih banyak transaksi diproses. Dan protokol konsensus TON, proof-of-stake dan juga variasi Byzantine Fault Tolerance mengurangkan keperluan komputer berkuasa tinggi dan menjadikan ekosistem TON lebih cekap.

Roadmap

Perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh TON

Apabila platform TON beroperasi sepenuhnya, antara perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah:

  • Platform penyimpanan data seperti Dropbox atau Filecoin
  • proxy untuk servis berkaitan VPN atau Tor yang berdasarkan Blockchain
  • Platform untuk membina aplikasi decentralized dan smart contract
  • Sistem pembayaran dan transaksi peer-to-peer

Potensi TON

Jika kita lihat pada skop projek TON, ianya agak besar dan bercita-cita tinggi. Jadi tidak hairanlah jika TON memerlukan kutipan yang besar untuk mencapai visinya. Namun begitu, ini bukanlah kekuatan TON. Ramai pengkritik projek ini mengatakan bahawa Telegram belum lagi membuktikan pasukan developer TON berupaya dalam sfera matawang kripto. Lebih-lebih lagi untuk melancarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disenaraikan. Selain daripada itu, projek TON tidak menawarkan produk yang unik yang belum dicadangkan projek ICO lain.

Pada masa yang sama, penyokong atau mereka yang melabur dalam projek ini lebih menekankan aspek pengguna Telegram yang sudah estsablished. Telegram mungkin tidak menawarkan produk unik daripada yang lain, tetapi ia adalah inovasi aplikasi Telegram itu sendiri yang mempunyai potensi untuk membina customer base yang lebih besar dan juga memperluaskan penerimaan dan penggunaan teknologi Blockchain ke serata dunia.

Kelebihan Telegram ini sudah pasti memberi daya saing kepada Telegram dan potensinya lebih besar daripada projek ICO lain yang baru dan tidak dikenali. Jika potensi ini dapat direalisasi, ia akan memberi ganjaran yang besar kepada pengguna TON.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads