Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

India: Terlalu Awal untuk Mawatang Kripto Bank Pusat

 

Perancangan untuk mengeluarkan matawang kripto nasional di India dihentikan buat sementara, berbulan selepas bank pusat negara itu memberi petunjuk bahawa ia mempertimbangkan idea itu.

Menurut The Hindu Business Line, kerajaan India tidak lagi berminat kepada rupee digital yang disokong kerajaan. Dipetik dari sumber, laporan itu menyatakan bahawa idea rupee-kripto dihentikan kerana ia terlalu awal: “Kerajaan tidak mahu matawang digital lagi. Ia menganggap ia terlalu awal untuk memikirkan tentang matawang digital.”

Langkah untuk mengendalakan perancangan untuk rupee-kripto itu disokong oleh beberapa tokoh dalam ruangan matawang kripto. Ini termasuk Kunal Nadwani, pakar Blockchain dan ketua eksekutif uTrade Solutions, yang menyokong keputusan itu mengatakan bahawa ‘kesan ekonomi kripto adalah besar dan tidak diketahui’.

Juga dalam persetujuan adalah Praveen Kumar, pengasas Belfrics, bursa pertukaran kripto yang beroperasi di benua Asia dan Afrika, yang mengatakan bahawa kerajaan India perlu memberi negara maju kecil yang lain seperti Singapura dan UAE untuk eksperimen sebelum meneruskan rancangan rupee-kripto.

Keputusan ini datang selepas lima bulan ia dilaporkan bahawa Reserve Bank of India melihat kemungkinan melancarkan matawang digital bank pusat. Dalam laporan tahunan yang diterbitkan Ogos tahun lepas, RBI menyatakan tujuan utama matawang digital bank pusat adalah memudahan pembayaran domestik.

Tambahan lagi, bank pusat India menyatakan bahawa matawang digital bank pusat berguna untuk mengurangkan kos mengurus wang tunai fizikal dan juga mengawal pengubahan wang haram. Tugas meneroka kemungkinan matawang digital bank pusat diserahkan kepada pasukan inter-department yang disusun RBI, seperti yang dilaporkan CCN Pada waktu itu.

Default – Inside Post Ads

Pada tahun sebelumnya satu whitepaper yang telah diterbitkan oleh penyelidik di RBI, the Institute for Development & Research in Banking Technology, telah mengenalpasti teknologi Blockchain sudah cukup matang untuk menyokong matawang digital bank pusat. Matawang itu akan dinamakan Lakshmi, selepas tuhan Hindu untuk kekayaan.

Sumber:

https://www.ccn.com/too-early-for-central-bank-digital-currency-india-shelves-plans-for-a-crypto-rupee/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.