Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Lembaga Pelabuhan Valencia Bergabung dengan Maersk Dan IBM Dalam Projek Perkapalan Dan Penghantaran

 

Pihak Berkuasa Pelabuhan Valencia (PAV), Sepanyol, telah diintegrasikan ke dalam platform TradeLens, sebuah ekosistem blockchain yang dibangunkan bersama oleh IBM dan Maersk. Platform TradeLens menerapkan teknologi blockchain kepada rangkaian bekalan global. Produk ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan perdagangan, di mana semua peserta rantaian bekalan, termasuk saluran perkapalan, pengendali pelabuhan dan terminal, pihak berkuasa kastam dan pihak lain, boleh berinteraksi dan mengakses data dan dokumen perkapalan.

Mengikut pengumuman, PAV telah diintegrasikan ke dalam projek TradeLens sebagai “Pengguna Awal,” yang bermaksud bahawa pelabuhan tersebut akan menyumbang kepada pembangunan awal platform. Pada masa ini terdapat lebih daripada 20 peserta dalam ekosistem TradeLens.TradeLens dilaporkan telah memproses 154 juta event“penghantaran data,” seperti penghantaran kontena, masa pergudangan, dan dokumentasi kastam. Platform ini dilaporkan boleh mengurangkan masa penghantaran sebanyak 40 peratus.

PAV pada mulanya mengumumkan rancangannya untuk mewujudkan “pelabuhan pintar” berdasarkan teknologi blockchain dan data raya pada awal bulan Oktober. Jose Garcia De La Guia, yang bertanggungjawab untuk melaksanakan teknologi baru di PAV, mencadangkan blokchain dapat menambahbaikkan logistik pada skala global dan membantu menjadikan “pelabuhan tanpa kertas” dan mengurangkan masa untuk penyelenggaraan.

Sumber:

https://www.valenciaport.com/valenciaport-se-integra-en-el-proyecto-tradelens-una-plataforma-tecnologica-de-ambito-internacional-desarrollada-por-ibm-y-maersk/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads