Default – Above Header Ads

Perlombongan Haram Kebiasaan Di Universiti dan Perniagaan Kecil

 

Laporan CISCO baru menemui trafik berkaitan perlombongan kripto jahat (malicious) meningkat 19x ganda dalam sembilan bulan terakhir 2018, dengan banyak aktiviti itu tertumpu kepada hotspot kampus universiti dan perniagaan kecil.

Walaupun perlombongan kripto didominasi oleh organisasi besar yang dijalankan dalam skala yang besar, operasi perlombongan yang kecil semakin bertambah. Ini telah didedahkan dalam laporan oleh CISCO Umbrella, platform keselamatan yang menganalisa berbilion permohonan DNS setiap hari untuk menghalang pengguna daripada berhubung dengan halaman yang berniat jahat (malicious).

Kedatangan peralatan khusus, seperti peralatan ASIC, bermakna hanya pemain yang mampu melombong hampir semua matawang kripto untuk mendapat untung hanyalah organisasi besar dengan akses kepada elektrik yang murah. Dengan kelebihan skala ekonomi, syarikat-syarikat ini mampu melabur dalam hardware khusus, dan membayar untuk jumlah tenaga elektrik yang besar  yang diperlukan untuk menjalankan peralatan perlombongan.

Tanpa elektrik yang murah, perlombongan kripto tidak menguntungkan untuk ramai orang – dan hanya mereka yang mendapat subsidi elektrik sahaja yang boleh bersaing – seperti firma perlombongan kripto China yang bergantung kepada tenaga hidroelektrik yang banyak, atau pelajar universiti/kolej yang menumpang rangkaian universiti. Di 22 peratus, pelajar universiti/kolej mewakili kumpulan kedua terbesar pelombong yang tidak diingini yang dikenal pasti oleh CISCO.

Kebanyakan kolej teratas Amerika Syarikat, seperti Stanford, MIT dan Berkeley kini mempunyai unit penyelidikan kripto mereka sendiri, dan di seluruh dunia, 42 peratus daripada Universiti teratas kini menawarkan kursus tentang topik itu.

Namun begitu, CISCO mengatakan bahawa majoriti perlombongan di kampus Universiti tidak datang dari makmal penyelidikan atau kelas, tetapi daripada bilik asrama: “Anda meninggalkan peralatan perlombongan untuk berjalan sendiri dalam asrama anda untuk empat tahun, anda keluar daripada kolej dengan wang yang banyak,” menurut penyelidik Cisco Austin McBride dalam seminar di RSA.

Dia menambah:

“Kadar kesukaran perlombongan untuk banyak matawang kripto adalah sangat tinggi sekarang – bermakna kos elektrik dan internet adalah lebih tinggi daripada untung yang diperolehi daripada aktiviti itu. Jika anda tidak perlu membayar kosnya, anda berada di kedudukan yang baik untuk mendapat untung atas perbelanjaan universiti.”

Hasil Kajian yang dikeluarkan tahun lepas daripada firma keselamatan AI, Vectra juga mempunyai kesimpulan yang sama, menemui bahawa aktiviti perlombongan berlaku satu hingga empat kali sehari di 11 kampus kolej yang dikaji.

Namun begitu Vectra mencadangkan pelajar Universiti tidak sengaja mengambil kesempatan terhadap elektrik percuma, tetapi mungkin secara tidak sedar membenarkan malware mencuri sumber komputer mereka.

Universiti sendiri sudah lama sedar tentang isu itu. Pada bulan Januari 2018, Stanford mengeluarkan amaran menghalang perlombongan kripto di kampus, mengatakan kenaikan harga Bitcoin menyebabkan penyalahgunaan peralatan komputer universiti, dan menggunakan elektrik kampus untuk peralatan perlombongan peribadi.

Sumber:

https://bravenewcoin.com/insights/illicit-mining-rigs-commonplace-at-universities-and-small-businesses

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads