Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Presiden Tezos Foundation Mendakwa Blockchain Mereka Mampu Menyelesaikan Masalah Kemiskinan

 

Ryan Jesperson yakin bahawa Tezos mempunyai kelebihan daya saing ke atas pesaingnya dalam ruangan Blockchain.

Tezos akhirnya sedang pulih dari pergaduhan dalaman yang menjejaskan syarikat itu, dan kini ia mempunyai matlamat baru – menentang kemiskinan global. Untuk menjadikan usaha mereka realiti, mereka perlu membawa masuk penguatkuasa, dan juga menguatkan komuniti mereka.

Blockchain dianggap secara meluas sebagai teknologi yang boleh bersaing dengan Internet memandangkan terdapat banyak kes penggunaan yang berpotensi membentuk semula banyak industri. Semasa sesi temubual bersama Swissinfo, Ryan Jesperson, yang mengetuai Tezos Foundation di Zug, mendakwa bahawa projek itu bersedia untuk berada di hadapan revolusi sosio-ekonomi masa hadapan yang boleh dicapai dengan bantuan teknologi yang disruptif. 

Jesperson menekankan bahawa Tezos boleh menjadi kelebihan bagi mereka yang tinggal di negara miskin yang dilanda masalah pentadbiran, rasuah dan infrastruktur yang tidak membangun.

Memandangkan harga Bitcoin yang jatuh teruk, iaitu kes penggunaan nombor satu Blockchain, ramai pengkritik yang tidak percaya Blockchain boleh menyelesaikan isu kemiskinan global. Namun begitu, Jesperson yakin bahaw teknologi itu, yang mengelak daripada penguasaan kuasa pusat, boleh menjadi isu bagi pegawai yang menyeleweng. Pada masa ini, salah satu daripada cabarannya adalah meyakinkan orang awam bahawa Blockchain lebih dari satu hype, dan ia akan membawa impak kepada asperk sosial dan ekonomi semua orang.

Masa depan Tezos, menurut Jesperson, bergantung kepada komunitinya. Malangnya, ciri spekulatif pelaburan matawang kripto kekal sebagai cabaran kepada perkembangan projek itu. Dalam erti kata lain, ramai masih melihat Tezos sebagai peluang cepat kaya tanpa betul-betul menyumbang kepada ekosistem (hanya 450 yang membakar “Tezzie” token yang diperlukan untuk menghidupkan projek itu).

Empat bulan selepas ICO yang pecah rekod, Tezos menghadapi empat saman kelas, dan kini ia bergantung kepada SEC untuk membuat keputusan sama ada token yang dijual adalah sekuriti yang tidak diisytiharkan.

Sumber:

https://u.today/crypto-exchange-ceo-in-south-korea-goes-to-prison-for-giving-false-trading-data-to-investors

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.