Default – Above Header Ads

3 Sebab Utama Matawang Kripto Belum Mainstream

Walaupun satu dekad penggunaan dan modal pasaran telah mencecah dua belas angka, masih belum jelas sama ada matawang kripto seperti bitcoin akan berubah menjadi mainstream.

Sepuluh tahun yang lalu, bitcoin hanyalah kertas penyelidikan falsafah untuk sejenis mata wang digital baru. Malah lima tahun yang lalu, kebanyakan orang di luar sfera teknologi hanya mendengar nama dan tidak menghiraukannya. Jika mereka mempunyai kebiasaan pon, mereka sering menolak teknologi ini sebagai wang internet untuk geeks atau skim cepat kaya.

Beberapa pakar, seperti ahli ekonomi pemenang Hadiah Nobel Robert Shiller, bersikap pesimis. Beliau menyamakan matawang kripto dengan ‘tulip mania’ Belanda pada abad ke-17. Di sisi spektrum lain, Myron Scholes, seorang lagi pemenang Hadiah Nobel, membantu membangunkan matawang kripto yang kurang ketidaktentuan yang dipanggil Saga (SGA).

Salah satu faktor yang ramai bersetuju adalah sama ada matawang kripto boleh mengatasi tarikan semasa kepada kelompok FinTech dan menyertai ekonomi sebenar. Ini semua bergantung sama ada pengguna akan menggunakan matawang kripto sebagai kaedah pembayaran. Setakat ini, ianya telah terbukti pengguna keberatan untuk menggunakan matawang kripto mereka untuk membayar bil-bil fiat.

Masa depan matawang kripto tidak pasti – itulah satu-satunya fakta yang kita tahu. Walaupun matawang kripto telah mendapat tarikan yang luar biasa, kebanyakan orang dan organisasi terus meninggalkan matawang kripto kepada peminat teknologi ini sahaja. Untuk revolusi matawang kripto meroket ke bulan bintang, perubahan dan penambahbaikan penting perlu dibuat.

Matawang kripto perlu menangani tiga halangan utama ini untuk menjadi mainstream. 

Ketidakpastian Peraturan

Kurangnya garis panduan peraturan menjadikan sukar bagi badan pentadbiran untuk terlibat. Tiada siapa yang mahu menjadi orang yang membantut pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama, tiada siapa yang mahu melihat dan membiarkan ICO palsu mengambil wang pengguna.

Beberapa institusi kewangan utama merancang untuk menyertai perlumbaan matawang kripto pada 2017, namun tidak meneruskan niat mereka apabila kejatuhan besar bitcoin pada tahun yang sama. Bursa Saham New York masih belum membuka pertukaran kripto yang ditunggu-tunggu, dan tiada siapa yang tahu bila pengawal selia akan mewujudkan rangka kerja undang-undang untuk matawang kripto.

Hari ini, kebanyakan operasi matawang kripto dapat mematuhi peraturan yang tidak berapa jelas dan praktis terbaik. Peraturan akan datang juga akhirnya, tetapi sehingga sesebuah badan pentadbiran mengklarifikasikan peraturan, kebanyakan orang akan hanya menjadi penonton kepada industri ini.

Ketidaktentuan matawang kripto yang terlalu tinggi

Semua orang tahu berapa nilai wang kertas RM50. Namun hanya segelintir orang mengetahui berapa nilai bitcoin, dan nilainya seolah-olah berubah setiap minit. Dari altcoin terkecil kepada pesaing terbesar, matawang kripto tidak menawarkan kestabilan seperti matawang fiat.

Bitcoin ialah nama yang terbesar dalam industri ini, tetapi ketidaktentuannya telah merosakkan imej matawang kripto. Matawang kripto yang kecil hanya berubah beberapa sen pada suatu masa, sementara bitcoin boleh melambung tinggi atau terhempas jatuh. Walaupun bitcoin telah menjadi lebih stabil sedikit baru-baru ini, namun kebanyakan orang hanya mengingati insiden besarnya pada akhir 2017.

Pelabur kripto sudah biasa dengan khabar angin, ketidakpastian peraturan dan spekulasi yang memberi kesan kepada harga matawang kripto, namun tidak bagi penonton umum. Untuk matawang kripto menjadi matawang seperti yang diingini (dan bukan sekadar aset sekuriti), pengguna massa perlu tahu betapa bernilainya wang digital.

Matawang kripto sukar dibelanjakan

Mungkin penghalang terbesar untuk kemasukan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum ke dalam ekonomi sebenar adalah kekurangan peluang untuk menggunakannya. Kecairan dalam pasaran crypto adalah tidak tentu. Ianya sukar untuk pemegang matawang kripto membuat pembelian barangan sebenar di kebanyakan pasar raya besar.

Dalam rangka untuk matawang kripto menjadi mainstream, infrastruktur di sekelilingnya mestilah mesra pengguna dan efisien. Jika tidak, penggunaan mungkin terhad kepada pengguna celik teknologi seperti keadaan sekarang.

Sebelum penggunaan mainstream matawang kripto menjadi realiti, industri matawang kripto perlu menangani halangan-halangan ini untuk memberikan keselamatan yang diingini oleh pengguna. Malah peserta terkecil boleh membuat perubahan besar. Semakin banyak orang di bandar-bandar di seluruh dunia telah membentuk pusat sumber dan komuniti matawang kripto untuk memupuk pembelajaran dan inovasi. Dengan mendidik dunia di sekeliling kita dan membina alat untuk menangani cabaran ini, setiap orang yang tahu dan suka matawang kripto akan mempunyai kuasa untuk mempercepat penerimaannya.

Penulis: Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads