Bitcoin Bakal Berpecah: Apa Impaknya Kepada Anda?
Jam 12.20 UTC tanggal 1 Ogos adalah detik yang penting bagi pemilik Bitcoin. Dalam post penulis tentang SegWit2x minggu yang lalu, penulis ada mengulas sedikit tentang sokongan terhadap SegWit2x yang dilihat memberansangkan daripada miners, developers dan juga pengguna. Namun begitu, keadaan ini nampaknya tidak berkekalan.
Segelintir daripada pengguna Bitcoin yang sebelum ini menyokong SegWit2x telah membuat keputusan untuk berpisah daripada Bitcoin, dan menggunakan matawang krypto yang baru iaitu, Bitcoin Cash (BCC). Menurut lamanweb coin.dance, sokongan terhadap SegWit2x hanya pada 20%, dan selebihnya sama ada neutral atau mengambil langkah tunggu dan lihat.
Apa anda perlu tahu tentang BCC
BCC ini dianggap sama seperti BTC dengan dua perubahan:
- Saiz blok bertambah kepada 8M – secara teori, ini akan menambah kapasiti blok untuk menerima lebih banyak transaksi Bitcoin berbanding dahulu dan menyelesaikan masalah scalability Bitcoin
- Ia menolak protokol SegWit, yang pada asalnya tidak disokong oleh kebanyakan miners.
Satu lagi perbezaan yang dianggap penting oleh Bitcoincash.org adalah sokongan organisasi tersebut dalam implementasi software oleh beberapa kumpulan developers, tidak seperti Bitcoin yang dikuasai oleh Bitcoin Core. Menurut organisasi itu juga, perpecahan itu perlu untuk BCC meneruskan visi Satoshi Nakamoto untuk mengekalkan satu sistem yang decentralized.
Setakat ini, kebanyakan syarikat pertukaran Bitcoin, mining pools, pengguna dan juga developers tidak menyokong usaha BCC ini, termasuklah syarikat mining besar Bitmain dan Bitcoin.com. Menurut Bitmain, mereka hanya akan bertukar ke BCC dalam keadaan tertentu sahaja. Bagi Bitcoin.com pula, mereka memberi kebebasan kepada miners di bawah syarikat mereka untuk melombong BCC.
Antara penyokong kuat BCC adalah ViaBTC, syarikat mining di Beijing yang menguasai lebih kurang 4% daripada computing power Bitcoin. Syarikat itu yang juga menyediakan perkhidmatan pertukaran, berkata mereka mempunyai rancangan untuk melancarkan satu mining pool khas untuk melombong BCC. Organisasi lain yang menyokong BCC termasuklah Bitcoin Classic dan Bitcoin Unlimited.