Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bolehkah Bitcoin Bertahan Dengan PoW?

Menjelang ‘halving’ yang akan menjelma tidak lama lagi, yang dijangka akan berlaku pada bulan May 2020, semakin ramai orang dijangka akan memasuki pasaran Bitcoin. Dua faktor utama, iaitu kekurangan bekalan Bitcoin dalam pasaran, dan peningkatan harganya menarik orang ramai berbondong-bondong ke dalam pasaran Bitcoin. Namun, mampukah Bitcoin terus bersaing dengan matawang kripto lain dengan Proof-of-Work, yang kini kelihatan agak kuno jika dibandingkan dengan matawang kripto lain yang baru muncul?

Proof-of-Work adalah revolusi yang membina dunia kripto, dan kemudiannya melahirkan pelbagai lagi jenis consensus yang digunakan oleh matawang kripto lain, seperti Proof-of-Stake, Proof-of-Elapsed Time dan bermacam-macam lagi protokol konsensus.

BTC mendapat sokongan yang kuat ketika awal kemunculannya di kalangan golongan cyperphunk, kerana ketika itu semua orang mampu melombong BTC, sifat BTC yang privasi dan mengelakkan masalah amanah pihak ketiga dengan menggunakan PoW.

PoW adalah Amanah, Integriti, dan Kekebalan Data

Pada fasa awal, di bawah standard emas dan sistem Bretton Woods, satu ounce emas menyamai satu dolar AS, menimbulkan kepercayaan asas. Kemudian dalam tempoh polisi monetari Keynesian, kerajaan menerbitkan hutang negara (pada dasarnya, ia adalah untuk menggunakan kemampuan kewangan melebihi kadar KDNK), supaya Rizab Persekutuan boleh mengeluarkan dolar AS (dan juga minyak yang dinilai harganya dalam dolar Amerika Syarikat) untuk tujuan pengesahan dan penubuhan amanah dan integriti dalam instrument baru ini iaitu wang yang tidak disandarkan kepada emas.

Namun lain pula kisahnya bagi BTC. BTC telah membina sokongan kredit yang melangkaui kerajaan dan negara, tetapi keabsahannya hanya bergantung kepada PoW, mekanisme yang terdiri daripada cabang ilmu kriptologi, sains komputer, penyimpanan data yang berkaitan (blockchain), struktur tadbir urus dan disiplin kewangan. BTC mengambil posisi untuk mencapai kos rendah dalam transaksi dan ringkas dalam penggunaannya. Bitcoin dibina dengan mengorbankan prestasi dan efisiensi untuk menguasai sepenuhnya dari segi keselamatan dan kepercayaan.

PoW telah mencipta produk kewangan merentasi dekad, dan BTC adalah hasilnya yang hebat. Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kelemahan. Dalam perjalanannya selama hampir sedekad, kekurangan dan kelemahan PoW secara beransur-ansur mula terdedah.

Kekurangan dan Kelemahan PoW

Mengorbankan prestasi untuk mencapai tahap keselamatan dan kebolehpercayaan tertinggi bermakna ia akan menelan kos yang sangat banyak. Selain itu, sistem keselamatan dan kebolehpercayaan fizikal tidak dapat dikongsi. Perkembangan POW juga terhalang oleh monopoli sumber kuasa elektrik dan mesin perlombongan ASIC.

Isu yang timbul dari monopoli sumber kuasa dan kecenderungan terhadap mesin perlombongan ASIC melambatkan dan mungkin menghentikan sistem ekonomi BTC dari terus berkembang pesat, disamping keselamatan juga dikompromikan. Penyelenggaraan sistem rangkaian sedia ada BTC bermaksud penggunaan kuasa dan tenaga yang besar. Pertimbangan utama bagi pelombong yang menyertai sistem rangkaian BTC adalah kos elektrik. Sebaik sahaja ganjaran perlombongan BTC tidak dapat menampung kos peralatan perlombongan dan kuasa yang digunakan, mereka akan menghentikan perlombongan dan sistem BTC akan berhenti berkembang. Sekiranya mereka berhenti memberikan keupayaaan untuk pengiraan hash, keupayaan pengiraan hash di seluruh rangkaian BTC akan jatuh, maka serangan 51% akan dapat dilaksanakan dan pada masa itu, sistem Bitcoin tidak lagi selamat dan boleh dipercayai!

BTC memerlukan sumber tenaga elektrik yang besar, yang merupakan ciri PoW. Dilaporkan bahawa penggunaan tenaga tahunan BTC telah melebihi jumlah penggunaan kuasa lebih daripada 169 negara, menggunakan sehingga 0.2% daripada sumber kuasa global. Pada masa yang sama, masalah yang dibawa oleh monopoli ASIC menjadi semakin jelas. Bagi pelombong biasa, penjual mesin perlombongan ASIC bukan sahaja pembekal perkhidmatan kepada anda, tetapi juga pesaing anda – pesaing yang tidak dapat dikalahkan. Ini bertentangan dengan logik perniagaan asas, kerana dalam perniagaan tradisional, pembekal perkhidmatan dan pesaing anda tidak boleh menjadi pihak yang sama.

Sekarang, BTC menghadapi dua risiko utama yang akan memusnahkan masa depannya, iaitu monopoli pengiraan hash dan juga monopoli sumber kuasa oleh pihak-pihak gergasi yang dapat memperolehi sumber kuasa dan sumber pemprosesan komputer dengan harga yang paling murah.

Rumusan

Dengan peningkatan nilai BTC yang dijangka ini, taruhan untuk menguasai blockchain BTC adalah sangat dikehendaki pelbagai pihak, sama ada pihak itu berniat baik atau buruk. Kita sebagai peminat dunia kripto dan pelabur yang membeli BTC perlu sentiasa beringat tentang risiko penggunaan PoW dalam protokol konsesus Bitcoin ini, kerana pelbagai risiko kini wujud di belakang BTC.

Namun, jangan lupa bahawa pembangun perisian untuk BTC masih optimis berkenaan masa depan BTC, dan mereka masih bertungkus lumus untuk membina dan menjaga BTC supaya terus dapat memenuhi kehendak penggunanya, di samping mengekalkannya sebagai matawang kripto yang tetap kukuh dari segi keselamatannya.

Penulis: Krypto Kobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.