Default – Above Header Ads

8 DApps Terbaik di Pasaran

Apa yang anda tahu tentang aplikasi desentralisasi, atau decentralised applications (DApp)? Kebiasaannya orang ramai mengenali tentang DApps melalui Ethereum. Secara asasnya, DApp adalah aplikasi desentralisasi di mana tiada satu entiti (termasuk pencipta) yang mempunyai kuasa untuk mengawal aplikasi itu kerana ianya dilancarkan di blockchain Ethereum, iaitu satu platform lejar teragih.

Namun begitu, Ethereum bukanlah satu-satunya platform di mana DApps boleh dibangunkan. Kini, terdapat beberapa platform lain yang menawarkan perkhidmatan pembangunan DApp, seperti EOS dan Tron.

Ciri-ciri asas DApp adalah:

  1. Sumber terbuka (open source) – bermakna kod aplikasi itu boleh diakses sesiapa sahaja
  2. Desentralisasi – menggunakan teknologi blockchain
  3. Insentif – aplikasi menggunakan coin/token untuk memberi ganjaran kepada pengesah
  4. Algoritma/protokol – menjana token dan mempunyai mekanisme konsensus

Walaupun teknologi blockchain telah wujud selama satu dekad, perkembangan dalam aplikasi teknologi blockchain masih lagi perlahan dalam menarik perhatian pengguna. Malah, jika kita bercakap tentang DApp, walaupun dengan kelebihan dari segi teknologi, jumlah pengguna mereka masih lagi kecil dan tidak signifikan.

Progres DApp untuk menempa dunia mainstream mungkin masih lagi jauh, tetapi seperti Bitcoin, dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, potensi DApp untuk menggantikan aplikasi tradisional adalah tinggi.

Apa antara DApps yang berfungsi dan popular di pasaran di masa kini?

1. MakerDAO

MakerDAO adalah smart contract yang dijalankan di atas blockchain Ethereum. Ia adalah komponen teras Sistem Stablecoin DAI yang bertujuan untuk mencipta Dai sebagai ganti kolateral yang akan dipegang dalam escrow sehinggalah Dai yang dipinjam dipulangkan.

MakerDAO menduduki tangga pertama dalam laman web stateofthedapps, sebuah laman web yang menyenaraikan DApp teratas dalam pasaran.

2. Steemit

Steemit direka bentuk sebagai DApp yang dibina di atas blockchain Steem. Ia menggunakan token STEEM untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk kandungan yang mereka sumbangkan. Pengguna juga boleh mendapatkan “Ganjaran kurator” untuk mencari dan menaikkan kandungan yang akan diundi oleh pengguna lain selepas itu.

Steemit mengubah industri media sosial masa kini dengan memberi nilai kepada mereka yang menyumbang kandungan berkualiti. Melalui Steemit, pengguna adalah pemegang kepentingan dan menguasai data mereka sendiri, dan juga menjana pendapatan untuk setiap kandungan yang disumbang.

Steemit berada di kedudukan ke-4 dalam senarai yang dicipta oleh stateofthedapps.

3. Augur

Augur adalah platform ramalan yang boleh didagangkan. Augur membenarkan pengguna mencipta ramalan untuk apa sahaja peristiwa seperti keputusan pilihan raya, kejatuhan pasaran, bencana alam dan sebagainya.

Secara asasnya, pengguna akan mendapat ganjaran jika ramalan mereka betul. Pasaran Augur adalah umpama platform pertaruhan tetapi menawarkan aspek desentralisasi, di mana pengguna mengawal dana mereka sepenuhnya.

Ia dibina di atas blockchain Ethereum pada tahun 2014 oleh Jack Peterson dan Joey Krug dan mendapat sokongan daripada Forecast Foundation.

4. Ethlance

Pernah dengar tentang Upwork? Itulah Ethlance, versi desentralisasi yang dibina di atas blockchain Ethereum.

Ethlance tidak mengenakan apa-apa yuran pendaftaran atau komisen kerja kerana ia desentralisasi sepenuhnya. Ethlance adalah sebahagian daripada rangkaian district0x Network, satu kolektif pasaran desentralisasi dan komuniti.

5. IDEX

IDEX adalah platform DApp yang menggunakan smart contract untuk menguruskan transaksi penggunanya. Ia menawarkan peluang kepada pengguna untuk mendapat token daripada ICO sebelum ianya disenaraikan di bursa pertukaran kripto.

Pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan token ERC20 dan Ether di IDEX. IDEX kini adalah DApp pertukaran kripto terbesar di blockchain Ethereum mengikut jumlah perdagangan.

6. TronKnights

TronKnight adalah permainan yang menjana dividen, di mana pengguna boleh merekrut dan melatih tentera upahan untuk mengeluarkan sebanyak Gem dan Glory yang boleh. Gem yang terkumpul dalam simpanan anda setiap satu jam akan boleh dijual untuk TRX dan dimasukkan ke dalam wallet anda.

Anda hanya perlu sekurang-kurangnya satu unit Knight untuk mula mengeluarkan Gem. Jadi, cubalah permainan ini. Bina angkatan tentera anda sendiri, jual Gems untuk TRX, dan dapatkan Glory untuk dividen yang lebih besar.

7. Basic Attention Token

Basic Attention Token, BAT, adalah platform pertukaran pengiklanan yang dibina atas blockchain Ethereum. Brave Payments, yang sebelum ini menggunakan Bitcoin, membolehkan pengguna memberi tip kepada laman web dan pencipta kandungan dengan token BAT.

Platform BAT diintegrasi dengan Brave browser yang implementasi BAT ads, sebuah sistem yang memaparkan iklan kepada pengguna berdasarkan data yang disimpan secara lokal. Anda boleh membaca artikel tentang Brave browser lebih lanjut di sini.

8. Cryptokitties

Mustahil anda tidak pernah mendengar tentang Cryptokitties. Ia adalah permainan yang membolehkan pengguna mengumpul, berdagang dan membesarkan kucing-kucing yang unik. Setiap kucing adalah berbeza dan tidak boleh direplika. Mereka dipanggil cryptocollectibles atau koleksi kripto.

Permainan koleksi ini menandakan cubaan paling awal untuk menggunakan teknologi blockchain untuk tujuan rekreasi dan hiburan. Sewaktu pelancaran, Cryptokitties begitu menarik perhatian sehingga menyebabkan Ethereum menjadi perlahan. CryptoKitty paling mahal adalah $110,707, dan setakat ini sebanyak $24 juta telah dibelanjakan ke dalam CryptoKitties.

Bonus: Metamask

MetaMask adalah jambatan yang membolehkan anda menjalankan DApps Ethereum di browser anda tanpa perlu menjalankan nod Ethereum. Misi MetaMask adalah untuk menjadikan Ethereum lebih mudah diguna oleh sesiapa sahaja. MetaMask mengandungi secure identity vault, dimana anda boleh menguruskan identiti anda di laman web yang berbeza dan menandatangan transaksi blockchain.

Anda boleh memasang add-on MetaMask di Chrome, Firefox, Opera, dan Brave browser.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads