Default – Above Header Ads

Apa itu Crypto Custodian?

Dalam dunia kripto yang berdasarkan teknologi yang baru muncul seperti blockchain, inovasi akan sentiasa berlaku memandangkan ekosistem kripto dan blockchain masih lagi belum sampai tahap kematangan sepenuhnya. Kita telah melihat blockchain berkembang dari generasi pertama (Bitcoin), kedua (Ethereum, XRP), dan kini generasi ketiga.

Dan inovasi bukan sahaja berlaku dari segi skala teknologi, tetapi juga dalam aplikasi berkaitan matawang kripto. Dan dengan kemasukan pelabur institusi dan pemain industri, maka wujudlah satu segmen baru untuk memberi perkhidmatan kepada golongan ini.

Salah satu perkhidmatan itu adalah : Crypto Custodian

Apa itu Crypto Custodian?

Crypto custodian adalah satu solusi untuk penyimpanan aset digital oleh pihak ketiga seperti bursa pertukaran kripto atau penyedia wallet matawang kripto. Crypto custodian menyediakan perkhidmatan penyimpanan aset digital dengan selamat, dan buat ramai pelabur institusi, ia adalah sesuatu yang diperlukan sama seperti dalam pasaran kewangan tradisional.

Kenapa Crypto Custodian?

Kebiasaannya itu adalah persoalan kedua yang timbul apabila muncul inovasi baru yang nampak macam hanya memberi kebaikan kepada sebahagian daripada komuniti kripto. Persoalan pertama, “untuk siapa crypto custodian ini ditujukan?” sudah terjawab di atas. Ia adalah isyarat ataupun pembuka pintu gerbang kepada kemasukan pelabur institusi dalam pasaran kripto dan dunia blockchain.

Untuk menjawab soalan mengapa crypto custodian diperlukan dalam pasaran kripto, kita akan melihat dari dua segi: infrastruktur custodian dalam pasaran kewangan tradisional dan pilihan penyimpanan sedia ada dalam pasaran kripto.

Custodian dalam pasaran kewangan tradisional

Pasaran kewangan tradisional mempunyai tiga jenis perkhidmatan yang berasingan dari segi fungsi: bursa pertukaran, broker dan juga custodian. Ketiga-tiga perkhidmatan ini berkerjasama untuk memastikan ekosistem pasawan kewangan tradisional kekal sihat dan berjalan dengan lancar.

Undang-undang Amerika Syarikat berkenaan penjagaan (custody) telah lama wujud sejak tahun 1930an sebagai tindak balas kepada kejatuhan sistem kewangan semasa era Great Depression. Undang-undang ini ditubuhkan untuk melindungi pelabur, khususnya pelanggan, daripada kehilangan pelaburan mereka. SEC telah mengarahkan “penasihat yang menjaga pelaburan klien mereka untuk mempunyai kawalan yang secukupnya untuk melindungi aset klien daripada hilang, disalahgunakan, dicuri atau terjejas kerana keputusan pengunduran penasihat.”

Pilihan penyimpanan sedia ada dalam pasaran kripto

Sudah pasti keperluan pelabur biasa (retail investors) dengan pelabur institusi adalah berbeza. Pelabur biasa, yang menyimpan atau berdagang kripto untuk kepentingan mereka sendiri mempunyai pilihan untuk menyimpan pelaburan mereka di wallet yang bukan di bawah crypto custodian dan mempelajari sendiri fungsi dan ciri-ciri wallet yang dipilih untuk memastikan ia selamat.

Terdapat pelbagai pilihan untuk pelabur biasa dalam penyimpanan kripto termasuk wallet online/offlinehardware wallet dan sebagainya. Pelabur boleh memilih sama ada menyimpan dalam hot wallet ataupun cold wallet. Untuk pelabur biasa, risiko adalah kehilangan private key atau peranti fizikal yang digunakan untuk menyimpan kripto. Apa yang membezakan antara pelabur biasa dan juga pelabur institusi adalah jumlah yang disimpan.

Perkembangan crypto custody

Jika kita lihat skala dana yang dipegang oleh hedge fund, dan pencen atau dana-dana lain dalam pasaran kewangan, sudah tentu kita akan menganggap ianya logik untuk mencipta satu solusi yang mempunyai kawalan yang mencukupi untuk memastikan dana disimpan dengan baik dan selamat. Cuba bayangkan dana yang mempunyai berbilion dolar dalamnya hanya disimpan dalam satu hardware wallet?

Kemunculan crypto custody adalah petanda besar kemasukan pemain institusi dalam pasaran kripto. Nama-nama terkemuka seperti Fidelity Investments sudahpun menggegarkan dunia dengan penyertaannya dalam pasaran kripto sebagai crypto custodian. Dan ketua industri kripto seperti Coinbase juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan sebahagian daripada segmen ini.

Dan seperti yang dibincangkan dalam banyak artikel sebelum ini, kemasukan pemain institusi juga mengisyaratkan pasaran kripto semakin hampir dengan penubuhan undang-undang kripto yang lebih jelas. Buat masa ini, peraturan berkaitan penyimpanan matawang kripto masih lagi tidak kelihatan, memandangkan peraturan tentang perdagangan masih lagi tidak jelas, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Kita sememangnya tahu teknologi bergerak lebih pantas daripada undang-undang, tetapi dengan desakan daripada pelabur institusi, kerajaan di seluruh dunia perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dalam membuat keputusan tentang pengawal seliaan pasaran kripto. Impaknya kepada kita pelabur harian, hanya masa yang menentukan.

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.