Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BitDegree: Belajar Sambil Membuat Duit?

Trend pendidikan online telah popular sejak beberapa tahun yang lalu. Pada asalnya ia adalah pendidikan yang ditawarkan secara online oleh institusi pendidikan tradisional bagi pelajar yang tidak boleh menghadiri kelas di institusi pendidikan secara fizikal. Penawaran pendidikan secara online ini telah membuka akses yang lebih meluas kepada pendidikan terutama bagi mereka yang menetap di negara kurang membangun.

Beberapa dekad yang lalu, sukar untuk kita membayangkan pendidikan yang dijalankan secara online. Untuk belajar, kita perlu ke institusi pendidikan dan menghadiri kelas yang diajar oleh guru-guru subjek. Namun dengan kedatangan era digital, sesiapa sahaja boleh akses pendidikan secara online. Terdapat lebih 6 juta pelajar yang mendaftar untuk kursus graduan secara online dan jumlah itu semakin bertambah setiap hari.

Tetapi kini kursus pendidikan bukan sahaja ditawarkan oleh institusi pendidikan sahaja. Platform pendidikan online seperti Coursera, udemy, edX dan CodeAcademy ini pada terkenal dengan kursus percuma dan berbayar berperingkat universiti yang diajar secara online oleh pensyarah universiti itu sendiri! Malah, platform seperti ini juga menawarkan sijil yang diiktiraf oleh institusi pendidikan atau organisasi lain apabila anda berjaya menghabiskan kursus itu.

Perbezaan utama pendidikan di institusi pendidikan tradisional dan platform seperti Coursera adalah pengguna tidak perlu mendaftar untuk satu kursus ijazah sepenuhnya seperti di Universiti. Sebaliknya, pendidikan yang ditawarkan oleh Coursera adalah mengikut subjek. Namun begitu, Coursera kini juga menawarkan apa yang dipanggil sebagai specialization courses yang merangkumi beberapa kursus yang perlu diikuti untuk menyempurnakan keseluruhan kursus itu.

Pilihan inilah yang membuatkan pendidikan online semakin popular, terutama dalam kalangan mereka yang sudah bekerja dan hanya ingin belajar sesuatu yang berkaitan dengan pekerjaan mereka, atau sesuatu yang diminati tanpa had masa. Antara kelebihan pendidkan online adalah:

  • Anda boleh pilih subjek apa yang anda sukai
  • Keselesaan belajar dari mana-mana lokasi
  • Kursus online menambah baik resume anda
  • Pembelajaran mengikut waktu anda sendiri
  • Kos pendidikan lebih rendah

Apa alternatif Blockchain?

Seperti biasa, revolusi teknologi blockchain membawa perubahan kepada pelbagai sektor ekonomi, termasuklah pendidikan. Dalam ekosistem Blockchain, Andrius Putna telah menubuhkan BitDegree pada tahun 2017. Platform itu bertujuan untuk menjadikan pendidikan berkualiti lebih mudah diakses pada harga yang berpatutan untuk semua orang, terutama mereka yang berpendapatan rendah dan juga miskin.

BitDegree ditubuhkan berasaskan kepercayaan bahawa sesiapa sahaja di dunia ini mempunyai hak kepada pendidikan yang berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, platform itu mempunyai objektif untuk merevolusi sistem pendidikan sedia ada melalui gamification dan memberi ganjaran kepada pelajar berdasarkan kemajuan mereka.

Bagaimana BitDegree berfungsi?

Platform BitDegree menggunakan blockchain Ethereum untuk mengeluarkan token berdasarkan biasiswa. Dengan mengambil kursus yang mempunyai biasiswa token tersebut, pelajar boleh memperoleh ganjaran dalam token BitDegree.

Kemudian pelajar boleh menukarkan token BitDegree ini kepada matawang lain ataupun menggunakannya untuk mengambil kursus baru yang lain. Pada masa yang sama, BitDegree membolehkan majikan mencari graduan teknologi daripada jumlah pelajar di platform BitDegree.

Dalam erti kata lain, pelajar boleh mempelajari kemahiran baru dan juga memperoleh pendapatan pada waktu yang sama dengan BitDegree. Sama seperti platform pendidikan lain, anda boleh belajar mengikut waktu anda sendiri di mana sahaja anda berada.

Sejak penubuhannya, BitDegree sudah mempunyai:

  • 150,000++ pelajar
  • 450++ tenaga pengajar yang menunggu untuk memuat naik kursus mereka
  • 160 tutorial mengenai blockchain dan matawang kripto
  • 120 kursus online

Kontrak Pintar Smart-Incentive

Satu perkara yang membezakan platform BitDegree dan platform pendidikan online lain adalah implementasi teknologi blockchain. BitDegree menggunakan teknologi blockchain untuk menjalankan kontrak pintar smart-incentive.

Bagaimana ia berfungsi?

Menurut whitepaper BitDegree, kontrak pintar ini adalah antara incentive creater (penaja) dengan incentive taker (pelajar). Incentive taker memberi komitmen untuk menjalankan study effort untuk mendapatkan incentive (token). Sesiapa sahaja boleh menjadi incentive creator termasuk majikan yang mencari pekerja berkemahiran, pembekal perkhidmatan atau teknologi, institusi kerajaan, atau sesiapa sahaja yang ingin menjadi penaja,

Platform BitDegree pula bertanggungjawab untuk membuat pengesahan proof of study effort. Seperti kursus yang ditawarkan institusi pengajian, kursus di BitDegree juga mempunyai mekanisme seperti ujian, peperiksaan, tugasan dan lain-lain dan ia digunakan sebagai pengesahan study of effort. Di masa hadapan, platform BitDegree akan membuka pengesahan kepada pihak ketiga yang akan memberi penilaian kepada study effort pelajar dan akan diberi insentif untuk menjalankannya mengikut kualiti yang telah ditetapkan platform itu.

Kursus yang ditawarkan BitDegree

Semua kursus di BitDegree dibahagikan kepada empat kategori utama:

Coding : Pembangunan web, pembangunan gameprogramming languages, kursus interaktif, teori kod, software

Perniagaan : Pemasaran, e-commerce, perniagaan

Blockchain : Kripto dan Blockchain, tutorial, kursus interaktif, pembangunan smart contract

Lain-lain : Graphic design, machine learning, sains data, pembangunan peribadi, menulis

Jika anda ingin menambah kemahiran dalam programming language seperti HTML, CSS, JavaScript, PHP, Solidity dan macam-macam lagi atau lebih mendalam tentang blockchain dan kripto, anda boleh mempelajarinya di platform BitDegree.

Pada masa yang sama anda boleh memperoleh ganjaran dalam token BitDegree. Siapa tidak mahu, betul kan?

Tiga kegunaan token BitDegree

Kita sudah tahu bagaimana platform BitDegree berfungsi dan matlamat utama BitDegree adalah untuk revolusi pendidikan. Teknologi Blockchain diimplementasi dalam platform ini untuk penggunaan smart contract dan juga sistem ganjaran dalam bentuk token BitDegree.

Token BitDegree boleh ditukar-tukar antara semua pihak yang terlibat dalam platform BitDegree termasuk pelajar, penaja dan pihak ketiga. Tiga kegunaan token BitDegree adalah:

  • Syarikat, institusi kerajaan, institusi pendidikan atau lain-lain yang menjadi penaja adalah umpama minyak dalam ekonomi BitDegree; penaja mempunyai insentif ekonomi untuk membelanjakan token BitDegree untuk merekrut bakat-bakat teknologi pada masa sama meluaskan jenama dan reputasi mereka;
  • Pelajar boleh menerima token BitDegree sebagai smart incentives (biasiswa); pelajar diberi ganjaran smart incentives untuk prestasi mereka dalam kursus yang diambil yang ditetapkan penaja;
  • Token BitDegree boleh digunakan untuk mempelajari kursus baru ataupun ditukarkan kepada matawang kripto lain di pasaran; seperti matawang kripto lain, terdapat jangkaan kenaikan harga token BitDegree di masa akan datang.

Kesimpulan

Seperti platform pendidikan online lain, BitDegree mempunyai matlamat untuk menyelesaikan masalah akses kepada pendidikan. Walaupun platform pendidikan online sudah lama popular, masih terdapat jurang yang besar antara syarikat dan juga bakat, dan BitDegree ingin merapatkan jurang itu melalui platformnya.

Statistik BitDegree di pasaran

Harga BitDegree (25/3/2019) $0.002412 USD
BitDegree ROI -99.30%
Kedudukan di Pasaran #1249
Modal Pasaran $879,486 USD
Jumlah 24 Jam $479 USD
Bekalan dalam Edaran 364,570,570 BDG
Jumlah Bekalan 514,800,000 BDG
Bekalan Maksimum No Data
All Time High $0.862426 USD 
(Jan 27, 2018)
All Time Low $0.001146 USD 
(Mar 07, 2019)
52 Week High / Low $0.111341 USD /
$0.001146 USD
90 Day High / Low $0.004353 USD /
$0.001146 USD
30 Day High / Low $0.003131 USD /
$0.001146 USD

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads