Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Decentralized Exchange (DEX) vs Centralized Exchange

Bitcoin adalah matawang kripto pertama yang dicipta berdasarkan teknologi Blockchain. Ia dicipta sebagai sistem pembayaran peer-to-peer yang membolehkan pengguna memindahkan nilai (BTC) tanpa memerlukan pengantara ataupun kuasa pusat untuk mengesahkan transaksi. Melalui teknologi Blockchain, semua transaksi Bitcoin disahkan oleh satu rangkaian pelombong (miners) yang tersebar dari segi geografi, memastikan isu seperti penipuan, double-spending dan sekatan tidak berlaku.

Pada awalnya jumlah pengguna yang memiliki Bitcoin dan membuat transaksi Bitcoin adalah kecil dan terdiri daripada mereka yang meminati kriptografi seperti Hal Finney, Wei Dai dan Nick Szabo. Memandangkan transaksi hanya memerlukan alamat penghantar, penerima dan jumlah Bitcoin, transaksi berlaku secara langsung dan nilai Bitcoin pada waktu adalah nilai yang dicapai secara konsensus di dalam Bitcoin forum.

Kehadiran platform pertukaran (centralized exchanges)

Centralized exchange adalah platform pertukaran yang membolehkan pengguna jual beli matawang kripto sesama sendiri. Centralized exchanges kebiasaannya adalah pengenalan pertama pengguna baru dalam dunia matawang kripto. Coinbase adalah antara platform pertukaran pertama dan terbesar untuk matawang kripto yang ditubuhkan pada tahun 2011. Platform pertukaran lain termasuk Bittrex, Binance, Bitfinex, Kraken dan sebagainya.

Kesemua platform pertukaran ini melibatkan jumlah dagangan Bitcoin dan matawang kripto yang besar. Tidak dinafikan bahawa kehadiran mereka di dunia matawang kripto telah membuatkan Bitcoin dan matawang kripto lain lebih mudah untuk diakses di seluruh dunia. Tanpa platform pertukaran, pasaran matawang kripto sukar untuk dicairkan dan jumlah pengguna dalam pasaran kripto tidak akan bertambah.

Selain daripada itu platform pertukaran memberi peluang kepada pedagang berpengalaman untuk memperoleh untung daripada margin trading ataupun arbitrageRamai pengguna memilih untuk menggunakan centralized exchange kerana ianya mudah untuk digunakan, dan mereka boleh akses fungsi seperti margin trading. 

Namun begitu, centralized exchange tetapi mempunyai risiko termasuk penggodaman atau penutupan oleh kerajaan. Pengguna boleh kehilangan simpanan matawang kripto/matawang fiat dari platform pertukaran sepertimana yang baru berlaku kepada Coincheck, atau Mt Gox. Menurut laporan, sudah terdapat lebih 30 kes penggodaman platform pertukaran dalam masa 9 tahun. Ini adalah risiko paling besar yang boleh dihadapi oleh centralized exchange.

Peer-to-peer exchangecentralized atau decentralized?

Satu lagi jenis platform pertukaran yang popular dalam kalangan pengguna adalah peer-to-peer exchange. Contoh peer-to-peer exchange adalah seperti Coinexy, Remitano, Luno, Xbit dan Coinmama. Dalam platform pertukaran ini, pengguna akan membuat transaksi secara langsung sesama sendiri. Tidak seperti centralized exchange yang menggunakan book/sell order, pengguna peer-to-peer exchange akan mengiklankan tawaran penjualan atau pembelian mereka. Kebiasaannya akan terdapat had pengiklanan untuk menguruskan trafik dalam platform tersebut.

Fungsi platform ini adalah untuk memastikan jual beli berjalan dengan lancar dengan memegang matawang kripto yang terlibat dalam transaksi, sebelum melepaskannya kepada pembeli apabila penjual mendapat bayaran. Memandangkan terdapat pengantara yang memegang/melepaskan matawang kripto dalam transaksi, bolehkah kita mengatakan bahawa peer-to-peer exchange itu centralized?

Mungkin istilah yang lebih tepat adalah semi-decentralized, kerana platform pertukaran seperti ini mempunyai ciri-ciri centralization (bergantung kepada web server) tetapi juga decentralization (penjual/pembeli membuat transaksi secara langsung). Di samping itu, dalam sesetengah peer-to-peer exchange, pengguna boleh memilih untuk menerima matawang kripto di wallet peribadi terus tanpa perlu disimpan di platform tersebut.

Peer-to-peer exchange mempunyai banyak kelebihan yang membuatkan ia menjadi pilihan pengguna. Salah satunya adalah UI yang mudah di fahami dan di akses oleh pengguna, terutama mereka yang baru sahaja menyertai dunia matawang kripto. Pengguna hanya perlu pergi ke laman web, mendaftar, dan mereka sudah boleh membuat pembelian pertama mereka.

 decentralized exchange akan menggantikan peer-to-peer exchange?

Decentralized exchange mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan centralized exchange. Pertama sekali, platform jenis ini tidak menggunakan pengantara untuk memastikan transaksi antara penjual dan pembeli berjalan dengan lancar. Caranya adalah dengan memadankan pengguna di sebalik sell/book order. Ini adalah berbeza dengan centralized exchange yang memadankan buy order dan sell order dalam platform.

Mari kita lihat perbezaannya dalam contoh di bawah:

Centralized exchange – Ali ingin membeli 2 BTC. Dia boleh membelinya dengan dua cara. Yang pertama Ali boleh pergi ke order book dan mencari tawaran yang dia boleh terima. Transaksi akan berjalan secara automatik di mana platform akan memadankan buy order Ali kepada sell order yang telah dipilih tadi. Cara yang kedua ialah dengan Ali membuat buy order sendiri, dan menetapkan harga dan jumlah yang diinginkan.

Decentralized exchange – Ali ingin membeli 2 BTC. Melalui platform ini, dia akan terus dipadankan dengan Abu, yang ingin menjual 2 BTC. Dari situ kedua-dua mereka boleh bersetuju dengan satu harga dan membuat transaksi. Platform ini tidak akan masuk campur dalam transaksi antara Ali dan Abu.

Proses transaksi dalam decentralized exchange boleh dikatakan menyerupai peer-to-peer exchange. Transaksi berlaku secara langsung, di mana Bitcoin atau matawang kripto akan disimpan dalam sistem escrow dan dilepaskan apabila penjual telah mengesahkan penerimaan pembayaran daripada pembeli. Perbezaannya adalah pengguna menguasai simpanan mereka sepenuhnya dan tidak perlu menyimpan matawang kripto mereka di dalam platform pertukaran.

Selain daripada itu, decentralized exchange juga tidak bergantung kepada web server, tetapi ianya adalah seperti Blockchain di mana operasinya bergantung kepada distributed nodes. Ini bermakna decentralized exchange tidak menghadapi risiko penggodaman atau server downtime. Platform seperti Bisq juga menggunakan Tor untuk melindungi privasi pengguna.

Contoh decentralized exchange adalah seperti WavesDex, Bancor Protocol, Ox, OasisDex dan sebagainya. Namun begitu, penggunaan decentralized exchanges masih lagi tidak banyak kerana beberapa faktor. Disebabkan jumlah pengguna platform ini kecil berbanding centralized exchange, ianya agak sukar untuk urusan jual beli matawang kripto. UI dan proses transaksi decentralized exchange juga agak sukar difahami, terutama untuk pengguna baru. Selain daripada itu, platform ini tidak menawarkan margin trading, dan bagi pedagang yang ingin mencairkan simpanan matawang kripto dengan cepat, platform jenis ini bukanlah pilihan terbaik.

Kesimpulan

Decentralized exchange adalah fenomena terbaru dalam dunia matawang kripto, dan ia masih perlu lebih banyak penambahbaikan untuk bersaing dengan centralized exchange yang lebih popular. Ironinya dunia matawang kripto dan teknologi Blockchain dicipta di atas falsafah desentralisasi, tetapi majoriti pengguna yang melakukan jual beli matawang kripto lebih gemar menggunakan centralized exchange yang menawarkan lebih banyak fungsi.

Namun begitu, peraturan matawang kripto yang semakin ketat, larangan dari kerajaan dan juga risiko penggodaman akan menjadi pemangkin kepada perkembangan decentralized exchange. Dan seperti teknologi Blockchain yang pada awalnya tidak diterima ramai, di masa akan datang decentralized exchange mungkin akan menjadi pilihan orang ramai, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi Blockchain seperti off-chain atomic swap dan juga lightning network yang menjadikan transaksi lebih efisien dan pantas.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.