Default – Above Header Ads

Arbitrage, Kaedah Perdagangan Matawang Kripto yang Menguntungkan

Dalam artikel yang lalu, penulis telah memperkenalkan banyak istilah-istilah baru yang digunakan dalam dunia matawang kripto. Antaranya adalah istilah-istilah yang biasa digunakan dalam aktiviti jual beli matawang kripto. Satu istilah ini adalah arbitrage/arbitration.

Definisi mudah yang penulis sudah jelaskan dalam artikel Istilah-Istilah Popular Yang Wujud Dalam Dunia Matawang Kripto adalah seperti di bawah:

Arbitrage : Mengambil kesempatan terhadap perbezaan harga matawang kripto dalam platform pertukaran berbeza untuk memperoleh keuntungan.

Dalam artikel ini, penulis akan terangkan secara mendalam tentang kaedah ini.

Arbitrage / arbitration

Menurut coinmarketcap.com, terdapat sebanyak 9313 pasaran matawang kripto. Ini bukan bermakna terdapat 9313 platform pertukaran, tetapi jumlah pasangan matawang kripto dalam platform yang berbeza. Contohnya, pasangan BTC/USD didagangkan dalam lebih 10 platform pertukaran, pasangan ETH/BTC dalam lebih 15 platform pertukaran dan sebagainya.

Dalam setiap platform, harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza, ada yang tinggi dan ada yang lebih rendah. Ini adalah kerana setiap platform tidak mempunyai hubungan sesama sendiri dan antara faktor yang menyumbang kepada harga adalah permintaan dan bekalan. Selain daripada itu, dalam beberapa platform pertukaran kecil yang kurang popular, jumlah perdagangan sesuatu matawang kripto itu cukup kecil sehinggakan harga matawang kripto itu agak lambat untuk diselaraskan kepada harga semasa.

Disebabkan perbezaan dalam harga ini, ramai trader boleh mengambil kesempatan untuk membeli matawang kripto di platform pertukaran yang menawarkan harga yang rendah, dan menjualnya di platform pertukaran lain dengan harga tinggi untuk memperoleh keuntungan. Nampak mudah, bukan?

Contoh mudah arbitrage menggunakan Bitcoin:

Sewaktu penulisan, harga BTC di Bitfinex adalah USD$9,120.40 dan di Bithumb adalah USD$9,450.05. Perbezaan harga adalah USD$329.65, suatu nilai yang sangat menguntungkan. Sebagai contoh, anda ingin membeli 10 BTC dari Bitfinex dan menjualnya di Bithumb.

Jumlah BTC yang dibeli di Bitfinex = 10

Harga setiap BTC = USD$9,120.40

Jumlah yang dibayar = USD$9,120.40 x 10 = USD$91,204.00

Jumlah BTC yang dijual di Bitthumb = 10

Harga setiap BTC = USD$9,450.05

Jumlah yang diperoleh = USD$9,450.05 x 10 = USD$94,500.50

Keuntungan = USD$94,500.50 – USD$91,204.00 = USD$3,296.50

Begitu mudah memperoleh keuntungan sebanyak itu. Dan semakin banyak jumlah BTC yang dijual beli semakin banyak keuntungan yang diperoleh. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam arbitrage yang boleh menyebabkan keuntungan itu berkurangan atau tidak diperoleh.

  1. Tempoh masa untuk pengesahan transaksi. Harga matawang kripto boleh berubah dengan cepat dalam tempoh masa untuk menerima pengesahan.
  2. Tempoh masa untuk deposit atau mengeluarkan matawang fiat (boleh mengambil masa lebih 10 hari bergantung kepada bank).
  3. Caj atau yuran yang dikenakan platform pertukaran (untuk transaksi, deposit dan pengeluaran) yang mungkin menjadikan arbitrage tidak menguntungkan, terutama jika jumlah kecil.
  4. Jumlah transaksi yang terlalu kecil di sesetengah platform pertukaran menyebabkan matawang kripto yang dibeli tidak dapat dijual sepenuhnya.
  5. Proses pengeluaran matawang fiat atau matawang kripto yang leceh di sesetengah platform.

Kesimpulan

Dari segi kaedah, arbitrage adalah cara yang lebih senang dan kurang berisiko daripada margin trading, dan sesuai untuk tahap beginner. Anda juga boleh menggunakan kaedah ini dalam jual beli di platform peer-to-peer seperti Coinexy, Remitano dan sebagainya. Caranya lebih kurang sama. Beli atau iklankan tawaran pembelian pada harga yang murah dan jual pada harga yang lebih tinggi.

Jika anda mempunyai surplus dalam matawang kripto atau matawang fiat, dan ingin mendapatkan sedikit pendapatan pasif, anda boleh mencuba cara ini. Berbeza dengan aktiviti spekulasi atau margin trading, kaedah arbitrage sebenarnya suatu proses positif yang membawa harga purata suatu matawang kripto kepada platform pertukaran. Dan semakin besar suatu pasaran matawang kripto, perbezaan harga antara platform pertukaran semakin mengecil disebabkan kadar pengguna yang melakukan arbitrage bertambah.

Bonus: Jika anda mempunyai latar belakang sains komputer atau programming, anda boleh menggunakan API daripada platform pertukaran untuk mencipta bot arbitrage yang khusus, atau mengira ROR (rate of returnarbitrage secara real time.

 

Bitcoin Exchange CEX.IO