Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jenis-jenis Pemain Dalam Pasaran Kripto

Dalam dunia pasaran kripto, memang wujud pelbagai jenis watak dan karakter yang unik. Dalam tulisan ini penulis ingin menceritakan serba sedikit karakter jenis-jenis pemain dalam pasaran kripto, dan mungkin anda sebagai pembaca akan menemui jenis karakter anda dalam jenis-jenis karakter yang ingin penulis sampaikan ini. Baiklah, tanpa berbicara Panjang, mari kita mulakan.

Bull (Lembu)

Ciri-ciri: Lembu adalah salah satu daripada dua karakter utama bukan sahaja dalam pasaran matawang kripto, tetapi juga dalam pasaran saham umumnya. Pemain jenis ini dalam pasaran saham dan matawang kripto sentiasa mengharapkan yang terbaik – aset yang dibeli pada harga yang rendah akan meningkat nilainya pada masa hadapan. Dalam kes matawang kripto, peniaga hanya membeli matawang yang telah muncul dan terkenal dan percaya bahawa ia akan terus berada di kedudukan utama, ataupun melabur dalam Bitcoin, atau matawang kripto lain yang popular pada masa penurunannya, dan percaya bahawa pasaran akan kembali pulih semula kedudukan dalam masa terdekat.

Ternyata apabila membeli dan berdagang matawang kripto, karakter lembu akan menggunakan posisi ‘long’ iaitu transaksi yang boleh berlanjutan dalam masa yang tidak ditentukan. Sekiranya nilai matawang kripto meningkat, penutupan kedudukan akan membawa keuntungan kepada karakter lembu. Kebanyakan pemain pasaran kripto mewakili kategori karakter ini.

Bear (Beruang)

Ciri-ciri: Satu lagi jenis pemain utama dalam pasaran perdagangan matawang kripto (dan bukan sahaja) pasaran perdagangan saham adalah beruang. Pedagang beruang adalah bertentangan dengan lembu yang menjual aset mereka dengan harapan harganya akan menurun pada masa depan. Motto mereka – “menjual pada harga yang lebih tinggi, dan beli pada harga yang lebih rendah”.

Karakter beruang, akan menyimpulkan kontrak untuk penjualan aset pertukaran, apabila penurunan harga yang mereka ramal dan tetapkan telah dicapai, mereka akan mula mengutip keuntungan. Karakter ini gemar menggunakan posisi “short”, iaitu posisi yang mana mereka berharap harga akan menurun pada masa hadapan. Keuntungan umumnya diperolehi disebabkan perbezaan antara harga asal dan harga selepas penurunan. Sebagai contoh, jika matawang kripto dibeli pada harga RM 100, dan harganya turun kepada RM 50, karakter beruang yang menggunakan posisi “short” akan memperolehi keuntungan sebanyak RM 50.

Karakter beruang yang berpengalaman dalam dunia kripto akan memperolehi keuntungan yang banyak disebabkan naik turun harga pasaran kripto yang sangat sering berlaku.

Whale (Paus)

Ciri-ciri: Paus adalah pemegang terbesar matawang kripto. Umumnya, mereka adalah pemain pasaran kripto yang berjaya memahami intipati matawang kripto dan memasuki industri pada permulaan pasaran. Paus ini dengan tenang mengawasi permainan karakter lembu dan beruang, yang tidak penting bagi mereka dari segi skala, dan tidak mengganggu dalam pengejaran untung mereka. Namun jika ada keperluan dan kepentingan peribadi, paus sebagai pemegang aset yang paling penting mampu mengubah pasaran matawang kripto.

Dengan menjual beberapa ratus ribu Bitcoin, paus boleh mengubah trend pasaran matawang kripto, dan ini akan menggangu gugat pemain pasaran kripto yang lain. Oleh itu, sebarang tindakan paus dianggap sebagai amaran kepada perubahan pasaran kripto global.

Sekiranya paus ingin memanipulasi pasaran mana-mana mata wang kripto, karakter paus dapat menggunakan pegangan mata wang kripto yang dimilikinya sebagai alat utama, sama ada menjualnya atau membeli aset kripto yang lain. Ini akan mengakibatkan pasaran menjadi panik dan pasaran akan terganggu gugat, dan siapa yang bernasib baik akan mendapat tempias tindakan paus, dan siapa yang bernasib malang akan menerima akibat yang buruk. Dan paus juga boleh berkomplot sesama mereka untuk bersama-sama memanipulasi pasaran.

Sheep (Biri-biri)

Ciri-ciri: Karakter peniaga-peniaga matawang kripto yang hanya mengikut tindakan orang lain dipanggil biri-biri. Dapat penulis rumuskan bahawa mereka hanya bertindak berdasarkan khabar angin orang ramai, dan tidak dapat menentukan kebenaran atau kesalahan terhadap sesuatu tindakan perdagangan. Mereka hanya mengikut apa yang diberitahu oleh “tok guru” mereka, atau orang di sekeliling mereka. Mereka mungkin memahami beberapa istilah dan pandai menamakan trend yang berlaku di dalam pasaran kripto, namun mereka masih tidak yakin untuk bertindak sendiri melainkan disebut oleh “tok guru” mereka, atau disokong oleh orang di sekeliling mereka.

Untuk jangka masa panjang, pencapaian mereka akan jadi sederhana sahaja, jika tidak mengalami kerugian yang teruk. Dan berdasarkan pengalaman penulis sendiri, ramai yang penulis jumpa di lapangan adalah mempunyai karakter ini.

Wolf (Serigala)

Ciri-ciri: Jika karakter biri-biri bertindak berasaskan kata “tok guru” atau khabar angin orang ramai di sekeliling mereka, karakter serigala adalah bertentangan sekali dengan karakter biri-biri. Mereka akan bertindak dalam perdagangan kripto hanya setelah mengkaji dan mendalami pasaran kripto. Mereka mempunyai hujah atas setiap transaksi perdagangan kripto, dan mereka berdiri teguh dengan tindakan mereka walaupun berlawanan dengan tindakan majoriti orang ramai.

Serigala adalah karakter yang patut kita contohi dan sebaik mungkin diikuti. Lagipun, mereka terkenal dengan hasil keuntungan yang berterusan, walaupun apa sahaja tindakan yang mereka lakukan. Ya, mereka juga kadang-kadang mengalami kerugian, namun ia adalah perkara biasa dalam dunia perdagangan. Namun disebabkan karakter mereka, kejayaan pasti akan dicapai dalam jangka masa panjang

Rumusan

Umumnya, jenis-jenis karakter pemain pasaran kripto yang penulis sebutkan adalah lima karakter utama dalam dunia pasaran kripto. Penulis sangat berharap dalam orang yang cuba berjinak-jinak dalam dunia perdagangan kripto mencontohi karakter serigala, kerana ia pasti memberikan hasil yang lebih baik untuk para pedagang kripto.

Penulis: Krypto Kobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.