Harapan Coin (HRP) – ICO Penumbang Kerajaan Pertama di Dunia!
Penulis tidak sangka Malaysia menjadi negara pertama yang menjadikan ICO sebagai medium untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya seperti yang diumumkan di portal CCN (link: A Digital Currency to Revolutionize the Coming GE14). Satu langkah bijak oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membantu PH menumbangkan kerajaan Malaysia yang sedia ada.
Seperti yang kita sedia maklum, dunia kripto memiliki keajaiban yang tidak boleh dijangka. Kuasa teknologi blockchain dan kuasa rakyat tidak boleh dipandang enteng. Penulis menjangkakan HRP akan menjadi tular dengan sangat pantas.
Sejauh mana HRP ini boleh dipercayai kebenarannya?
Inilah soalan yang akan bermain di dalam benak kepala penulis kerana kumpulan tersebut tidak berani menampilkan diri mereka kerana faktor keselamatan. Mungkin mereka berani, tetapi mereka tidak mahu keluarga mereka dilibatkan. Penulis menghormati pilihan mereka.
Jadi, penulis telah terus menghubungi mereka melalui email yang mereka sediakan. Jawapan mereka ringkas seperti berikut : “In the spirit of honesty and transparency, we will declare our hot wallet and ask the leaders to announce their wallets in social media as well. Since the open ledger technology itself is transparent, our leaders, friends and comrades, will be able to see the movements of the coins easily.”
Bagi penulis, jawapan ini sungguh meyakinkan. Sebagai penyumbang kita juga tahu berapa banyak bitcoin yang telah diberikan kepada pemimpin dan kita boleh menilai sumbangan yang mereka dapat setimpal atau tidak dengan kerja yang mereka lakukan. Inilah kebaikan open/distributed ledger!
Berikut adalah review tentang HRP :
Matawang kripto Politik Pertama yang membuat ICO
Menurut laman web mereka, harapancoin.com, HRP adalah matawang kripto pertama di dunia yang menggunakan ICO untuk tujuan mengumpul dana bagi menyokong parti dalam pilihan raya. HRP, atau Harapan Coin telah dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia, di dalam dan luar negara, yang ingin semua penyokong parti pembangkang bersama-sama menyumbang untuk persediaan ke arah Pilihan Raya yang akan datang.
Dua sebab HRP Coin penting
Pada pendapat penulis, HRP coin ini membawa dua perkara yang signifikan. Pertama, ia adalah simbol harapan bukan sahaja kepada penyokong mereka dalam negara tetapi juga di seluruh dunia. Menurut whitepaper HRP Coin, selama ini, sumbangan yang disalurkan terutama dari luar negara sukar untuk sampai ke tangan parti pembangkang kerana perlu melepasi pelbagai halangan daripada bank-bank yang dikawal kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan dengan begitu senang menggunakan sumber kewangan negara untuk “polisi-polisi populis” yang kononnya membawa kebaikan kepada negara, seperti penambahan gaji atau pemberian elaun. Keadaan yang berat sebelah ini sudah berlarutan begitu lama, dan HRP Coin adalah langkah yang sangat penting bagi parti pembangkang untuk mengatasi halangan ini.
Kedua, ia menunjukkan bahawa parti pembangkang lebih progresif berbanding kerajaan sekarang. Memandangkan mereka sudah pun membuat ICO dan menggunakan matawang kripto, besar kemungkinan mereka akan bersikap lebih terbuka terhadap dunia matawang kripto. Kita sudah sedia tahu Malaysia sudah mula mengawal selia matawang kripto (boleh rujuk artikel ini: Bank Negara mengeluarkan Polisi Matawang Kripto: Apa kesannya?) tetapi Malaysia masih lagi tidak dianggap sebagai mesra Blockchain atau matawang kripto. Penggunaan HRP Coin menunjukkan bahawa parti pembangkang sekurang-kurangnya memahami impak matawang kripto di seluruh dunia, dan di masa akan datang boleh membawa kebaikan kepada Malaysia sendiri.
Kelebihan HRP
Penulis rasa tidak ada keperluan untuk mengulangi kembali kelebihan memegang matawang kripto ataupun menyertai ICO. Apa yang ditawarkan HRP selain daripada kenaikan harga di pasaran adalah potensi untuk ianya menjadi matawang digital di Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya kali ini. Ianya suatu berita baik bagi pemilik HRP yang menyumbang. Di mana lagi anda akan berpotensi memperoleh keuntungan untuk sesuatu sumbangan?
Bagaimana untuk menyumbang?
ICO HRP akan dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat pertama telah pun bermula pada 1 April 2018 dan akan berakhir dalam masa 13 hari. Peringkat kedua pula akan bermula pada 20 April 2018. Dalam peringkat pertama, setiap 1 HRP bersamaan USD$0.30 dan dalam peringkat kedua, 1 HRP bersamaan USD$0.35. Minimum yang diletakkan untuk sumbangan adalah 100 HRP atau USD$30.
Sasaran ICO HRP adalah untuk mencapai USD$257,750,000 dan jumlah HRP yang akan diedarkan adalah 4,485,000,000.