Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jenis-jenis NFT yang Patut Anda Tahu

Sekarang ni, setiap kali kita buka Twitter atau Facebook, memang tak sah kalau tak terjumpa terma NFT (Non-fungible Token).

Perkataan NFT sendiri pun terpilih sebagai ‘Word of The Year’ bagi tahun lepas – membayangkan betapa berpengaruhnya perkataan ni pada tahun 2021.

NFT ni dalam bahasa mudahnya adalah token yang menunjukkan pemilikan item tersebut dan direkodkan dalam teknologi blockchain.

Item tersebut boleh wujud dalam bentuk seni digital, muzik dan memorabilia digital lain dan boleh dipindahmilik antara pengguna.

Bagi yang tak tahu, NFT telah menjadi topik yang sering menjadi buah mulut disebabkan ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dan paling lumayan.

Brand besar dunia macam Nike, Adidas, Lamborghini, Coca-Cola dan Pepsi pun dah ada projek NFT dia sendiri.

‘Hype’ NFT ni meletup tahun lepas setelah data dari DappRadar (market tracker) menunjukkan penjualan NFT telah mencecah USD24.9 billion, jauh meninggalkan jualan NFT pada tahun 2020 sebanyak USD94 juta (262 kali ganda).

EXMO affiliate program

Antara jenama NFT antarabangsa yang paling popular adalah seperti Cryptopunks (harga purata $288,000 setiap satu), BAYC ($104,000) dan Decentraland ($9,300).

Malah, komuniti NFT di Malaysia juga tak kurang hebatnya kerana kita juga mempunyai platform jualan NFT tersendiri; Pentas dan juga ada beberapa jenama NFT yang berpotensi seperti Rich Cat Nation (RCN), Roachpunk dan Konfederasi MY.

Secara amnya, NFT ini terbahagi kepada 6 jenis sekurang-kurangnya.

1. FLEX

Flex ini adalah jenis NFT yang paling ‘hype’ yang ada. Kewujudan NFT ini adalah untuk melambangkan status seseorang dan acap kali digunakan sebagai profile photo di laman sosial. Dengan kata lain, ia dijual beli untuk ‘show off’ bagi golongan atasan. Contoh NFT bagi jenis ini adalah BAYC, Cryptopunk, Konfederasi, RCN dan banyak lagi.

2. PASS

Selain untuk menjadi status kekayaan, NFT juga boleh menjadi ‘pasport digital’ yang dpat memberikan akses dan konten ekslusif bagi pemiliknya. Contohnya pemilik NFT Gary Vee yang dikenali sebagai ‘VeeFriends’ akan dapat akses untuk berjumpa untuk NFT Whale, Gary Vee dan bersosial dengan beliau. Contoh lain adalah Crypto Baristas dan Moon Boyz.

3. GAME

Ada sesetengah NFT yang dibina khas untuk menjadi sebahagian dari permainan mereka. Dengan memiliki NFT Game, anda dapat menggunakan NFT tersebut untuk bermainan permainan di platform khas dan diberikan ganjaran dalam bentuk coin / token yang boleh ditukarkan kepada wang ringgit atau kredit. Contoh yang paling popular adalah Axie Infinity, Sorare, Cryptokitties dan Evolution Land.

 

4. ART

Seperti karya agung seni konvensional, NFT juga wujud dalam bentuk seni digital. Dalam perspektif ini, seni digital ini unitnya terhad dan dicipta oleh artis terkenal dan nilainya akan meningkat setiap masa. Contoh NFT jenis ini adalah lukisan, gambar, video (termasuk filem), bunyi (album lagu,muzik) dan apa-apa sahaja seni dalam bentuk digital.

5. STAKING

Selain disimpan untuk pelaburan, sesetengah NFT juga boleh di ‘stake’ untuk ganjaran istimewa. Setelah NFT tersebut dibeli, ia boleh di stake semua untuk mendapatkan hasil dalam bentuk token. Token ini pula boleh diniagakan atau ditukarkan kepada bentuk kredit. Contohnya NFT Onessuss yang memberikan token $VOID bagi mereka yang menyimpan dan stake NFT mereka.

6. LAND

Bunyi macam kelakar, tapi realitinya ‘NFT players’ memang ada buat jual beli tanah digital dalam bentuk NFT. Fenomena ini meletup selepas syarikat pemilik Facebook, Meta menyatakan keinginan mereka untuk melancarkan ‘metaverse’ di masa hadapan- iaitu dunia maya dimana semua orang boleh masuk. Jadi potensi untuk mereka yang membeli ‘tanah digital’ untuk mendapat keuntungan di masa depan adalah tinggi. Contoh NFT Land yang popular adalah Sandbox, Decentraworld dan Earth 2.0.

Dengan penerangan ini, diharapkan lebih ramai orang akan faham apa itu NFT dan cara mereka berfungsi.

NFT bukan sekadar lukisan digital yang tidak mempunyai sebarang nilai – ia lebih dari itu.

Kita perlu sedar bahawa dunia NFT ini masih baharu dan masih banyak lagi kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan.

Bak kata pepatah, “we just barely scratch the surface”.

Jadi, kalau ada peluang untuk belajar mengenai NFT, sahutlah peluang tersebut.

“Today’s knowledge is tomorrow’s wealth.”

Penulis artikel: Radzi Tajuddin (Pengasas Hi Wealth)

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads