Default – Above Header Ads

DigiByte, Matawang Kripto yang Mementingkan Keselamatan Transaksi Digital

Pengenalan DigiByte

Adakah anda pernah mendengar DigiByte? DigiByte adalah salah satu coin yang berjaya mendapat kedudukan dalam Top 100 Cryptocurrency Market Capitalizations. Jumlah modal pasaran bagi DigiByte pada waktu penulisan ini adalah RM373,441,630.24 manakala harga yang diletak pada 1 unit DigiByte adalah RM0.04. DigiByte telah dicipta oleh seorang programmer dan entrepreneur yang bernama Jared Tate dan pembangunan teknologi tersebut bermula pada tahun 2013.

Ianya dilancarkan pada tahun seterusnya iaitu 2014. Objektif DigiByte adalah untuk mencipta sebuah cryptocurrency yang boleh mencapai komuniti yang lebih luas dan decentralized berbanding Bitcoin. Walaupun konsep blockchain DigiByte berdasarkan Bitcoin, terdapat perubahan pada kod DigiByte atas faktor penambahbaikan fungsi iaitu perubahan pada tempoh masa pengesahan blok dan faktor sekuriti. DigiByte boleh dikatakan public blockchain yang paling terpanjang dalam sejarah cryptocurrency. DigiByte adalah satu aset digital yang tidak boleh dimusnahkan, dipalsukan serta digodam. Oleh itu, ianya adalah ideal dalam melindungi objek bernilai seperti matawang, maklumat, harta atau data digital yang penting.

Sesuatu yang sangat menarik tentang DigiByte adalah dalam blok pertama atau genesis block DigiByte, penciptanya telah memasukkan tajuk berita tentang data yang telah dicuri daripada 110 juta pengguna ke dalam blok tersebut. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa DigiByte sangat mementingkan keselamatan rangkaian dan transaksi yang diproses dalam Blockchain DigiByte.

Apakah yang lagi yang menarik tentang DigiByte?

  1. Kelajuan yang ditingkatkan

 

Transaksi yang dilakukan oleh DigiByte ialah selama 1.5 minit dan ianya adalah lebih laju berbanding transaksi Bitcoin yang mengambil masa selama 1 jam. Masa untuk membina block (block time) bagi Digibyte adalah 15 saat sahaja manakala block time bagi Bitcoin adalah 10 minit.

 

  1. Jumlah transaksi yang lebih banyak dan laju

 

DigiByte mampu melakukan sesebuah transaksi dalam jumlah yang banyak iaitu 280+ transaksi setiap saat. Bitcoin pula hanya dapat melakukan 7 transaksi setiap saat.

 

  1. Total supply sebanyak 21 billion coins

 

DigiByte mempunyai jumlah bekalan token yang sangat banyak iaitu 21 billion coins di mana tempoh untuk mining coin tersebut akan mengambil masa selama 21 tahun (hanya tinggal 19 tahun lagi pada waktu penulisan ini). Ratio DigiByte and Bitcoin adalah 1:1000.

 

  1. Fleksibiliti yang lain daripada lain

 

DigiByte mempunyai kebolehan untuk menambah features dan upgrades baru dengan lebih cepat daripada Bitcoin. Developers DigiByte telah mencipta features yang menarik seperti DigiTip di mana ia berfungsi untuk memberi tip kepada mereka yang menulis hashtag di Twitter, Reddit, Twitch dan Youtube, DiguSign di mana smart contracts boleh digunakan di dalam blockchain DigiByte dan DigiSpeed yang berupaya untuk memendekkan block time dan menambahkan capacity.

Blockchain DigiByte

Secara ringkasnya, Blockchain DigiByte mempunyai tiga lapisan yang dipanggil applications layer, digital asset layer dan core protocol layer yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Merujuk gambar di atas, applications layer adalah lapisan yang paling teratas di mana terdapat aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh orang ramai seperti Decentralized Apps (DAPPS), Digi-Apps dan smart contracts.

Digital asset layer pula adalah lapisan tengah yang bertujuan untuk memberi keselamatan atau security dan administration terhadap seluruh platform. Ia menjanjikan perlindungan untuk digital data yang merupakan aset penting seperti wang, document, mesej, video dan lain-lain. Bukan itu sahaja, lapisan tengah ini memastikan lejar public (public ledger) tidak boleh diubah serta menguatkan sekuriti pada mining di mana terdapat lima algorithms yang berbeza khas untuknya.

Lapisan yang paling di terbawah ialah core protocol layer. Lapisan ini merangkumi protokol core communication, rangkaian global (global network) dan decentralized nodes iaitu mana-mana server, komputer serta smartphone yang berhubung dengan rangkaian DigiByte akan menjadi node dalam sesebuah transaksi.

Mining DigiByte

DigiByte mempunyai 5 mining algoritma iaitu SHA256 (ASIC mining), Groestl (GPU mining), Skein (GPU mining), Scrypt (ASIC mining) dan Qubit (GPU mining, CPU mining). Terdapat tiga antara algoritma ini yang merupakan ASIC-resistant dan ini membolehkan mereka yang mempunyai komputer biasa menyertai mining menggunakan salah satu daripada tiga algoritma tersebut. Bagaimana untuk mine DigiByte? Di dalam post ini, penulis akan menerangkan cara mining menggunakan windows dan AMD graphic card secara mudah:

Langkah pertama – Anda perlu muat turun dan install sebuah software yang bernama sgminer miner.

Langkah kedua – Setelah anda selesai melakukan langkah pertama, anda haruslah memilih pool sebelum memulakan proses mining. Terdapat banyak pool yang terdapat di dalam DigiByte yang anda boleh pilih untuk memulakan mining. Sebagai contoh, anda boleh memilih The Blocks Factory pool. Jangan lupa untuk daftar akaun baru terlebih dahulu.

Langkah ketiga – Setelah anda selesai pendaftaran, anda haruslah menetapkan alamat web dan mengurus ‘worker’ anda sebelum mula mining di dalam My Account. Setiap setting berkenaan akan disertakan bersama arahan untuk memudahkan pengguna sgminer.

Langkah keempat – Anda boleh memulakan mining DigiByte selepas anda selesai melaksanakan langkah terakhir ini. Sekarang anda sudah mempunyai pool, anda boleh pergi ke folder di mana anda boleh extract software miner anda. Di dalam folder tersebut, cari fail sgminer dan buka fail itu dengan aplikasi notepad. Jika anda pilih The Blocks Factory pool, anda akan melihat isi di dalam notepad itu seperti berikut:

{

“pools” : [

{

“url” : “stratum+tcp://stratum.ipc.theblocksfactory.com:9003”,

“user” : “TheMiner.1”,

“pass” : “password”

Kemudian ikuti langkah di bawah:

  1. Gantikan stratum+tcp://stratum.ipc.theblocksfactory.com:9003 dengan server yang anda sedang gunakan.
  2. Gantikan TheMiner.1 dengan username yang anda telah daftar dan ‘worker’ yang anda sedang gunakan. TheMiner digantikan dengan username anda manakala 1 adalah worker anda. Contoh: CryptoMiner.Worker1
  3. Ganti password dengan password anda yang sebenar.
  4. Save dan close.

Dengan hanya click run bat.file, anda sudah boleh memulakan mining DigiByte.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.