Default – Above Header Ads

ICO Hypethon menangani Ketelusan dalam ICO

Anda ingat tentang ICO? Penulis pernah bercerita tentang Initial Coin Offering (ICO) di sini. Dalam post tersebut, penulis ada menyentuh tentang perbezaan utama antara ICO dan IPO, atau Initial Public Offering. Perbezaan itu adalah dari segi kawal selia.

Perlu atau tidak IPO dikawal selia?

IPO di kawal selia oleh badan kerajaan seperti Securities and Exchange Commission (SEC) di Amerika Syarikat atau Australian Securities and Investments Commission (ASIC) di Australia. Di negara kita, peraturan tentang IPO di kawal selia oleh Malaysian Securities Commision.

Jadi apa kesannya? Dua yang utama adalah: 1) Penyertaan ICO lebih mudah daripada IPO yang perlu melalui prosedur mematuhi undang-undang; dan 2) Lebih mudah untuk ICO disalah guna seperti dalam skim ponzi. Ramai yang menganggap pelaburan melalui ICO adalah high-risk high-return, dan ada juga yang ingin ICO mula dikawal selia, bukan oleh badan kerajaan tetapi oleh organisasi yang lebih berpengelaman.

Post kali ini bukan untuk berdebat tentang keperluan pengawal seliaan dalam ICO kerana perbahasan ini tidak akan ke mana. Ironinya adalah kewujudan matawang krypto yang bertujuan untuk mengelak daripada di kawal selia oleh mana-mana pihak. Jadi, post ini penulis akan bercakap tentang alternatif kepada pengawal seliaan oleh pihak berkuasa.

ICO Hypethon – kombinasi hackathon, accelerator dan incubator

Istilah-istilah di atas bukanlah perkara baru di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah biasa mendengar tentang Silicon Valley dan tech startups atau startups. Bagi mereka yang tidak tahu, mari penulis menerangkan istilah-istilah tersebut secara ringkas.

  • Hackathon: acara yang kebiasaannya berlangsung selama tiga – tujuh hari, di mana sejumlah besar peserta (programmers) berkumpul dan menyertai collaborative computer programming seperti Airvolution oleh Air Asia dan MABHackathon oleh MAS.
  • Incubator: program untuk melatih startups untuk jangka masa panjang (lebih setahun setengah) dan biasanya persediaan untuk accelerator
  • Accelerator: program untuk membantu startups untuk jangka masa pendek (90 hari – 4 bulan); menawarkan kapital sebanyak lebih kurang USD$20,000.

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang incubator/accelerator, boleh baca di sini.

Baru-baru ini, pada 16 dan 17 Ogos, 27 projek matawang krypto yang dipilih daripada ratusan permohonan telah mengambil bahagian dalam ICO Hypethon yang diadakan di St Petersburg, Russia. Program ini ditaja oleh Waves Platform. Tujuan utama ICO Hypethon itu diadakan adalah untuk menangani isu ketelusan dan juga legitimasi dalam ICO.

Setiap projek yang berjaya menyertai progam telah melalui proses pemilihan yang menyeluruh, dihakimi oleh pakar dalam blockchain dan juga Angel investors. Angel investors adalah nama yang diberikan kepada pelabur persendirian, kebiasaannya dari golongan keluarga dan rakan-rakan usahawan itu sendiri. Mereka akan menawarkan kapital kepada startup dan mendapat sebahagian daripada ekuiti startup itu. Berbeza pula dengan venture capitalists, yang lebih mementingkan pulangan daripada pelaburan mereka.

Sumber: https://hypethon.cryptofriends.io/

Gambar rajah di atas menunjukkan konsep yang digunakan dalam ICO Hypethon. Beberapa pakar blockchain telah dipilih untuk menjadi hakim di ICO Hypethon, dan lima projek terbaik telah dipilih:

1. Affchain – infrastruktur berdasarkan teknologi blockchain yang dibina untuk industri pemasaran.

2. LastWill – servis untuk membina smart contract untuk pengagihan wasiat pembuat kontrak, khususnya untuk dana dalam bentuk matawang krypto

3. Cryptopay – menawarkan Bitcoin wallet kepada pengguna yang mempunyai kelebihan seperti perkhidmatan debit card dan pemindahan Bitcoin dengan kadar caj yang rendah.

4. Spheris – satu ekosistem di mana software developers boleh berhubung secara langsung dengan pengguna tanpa memerlukan perantara

5. Darfchain –  menawarkan platform untuk perniagaan menjalankan analisis berkaitan sistem ERP (Enterprise Resource Planning) untuk menguruskan aset digital mereka

Banyak betul kan istilah baru yang kita telah belajar pada hari ini? Apa yang menarik tentang ICO Hypethon adalah selain daripada penyampaian daripada projek-projek terpilih, banyak lagi sesi perkongsian oleh pakar blockchain diadakan dan ia juga adalah medan networking untuk peminat-peminat matawang krypto.

Lebih daripada itu, orang ramai yang ingin menyertai ICO juga mendapat jaminan daripada pakar blockchain berkenaan projek yang telah dipilih. Walaupun begitu, penganjur tetap mengingatkan bahawa ini tidak bermakna tiada risiko dalam melabur dalam ICO yang telah dipilih dalam program itu, tetapi program itu lebih kepada mengatasi masalah ketelusan dalam projek ICO yang semakin banyak. Penilaian daripada golongan yang lebih berpengelaman adalah untuk memberi keyakinan yang lebih kepada orang ramai untuk membuat keputusan.

Penulis merasa program ini adalah langkah yang baik untuk memberi sedikit perlindungan, atau lebih tepat lagi keyakinan kepada orang ramai yang ingin menyertai ICO, dan pada masa yang sama memastikan projek ICO itu betul-betul mempunyai misi dan visi yang boleh dicapai, bukan hanya mencari dana atas angin semata-mata. Bagaimana pula pendapat anda?

 

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads