Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Solo VS Pool Mining

Sesiapa sahaja yang memasuki dunia matawang kripto pasti akan mendengar tentang istilah mining atau perlombongan. Ini adalah kerana mining merupakan antara elemen atau komponen paling penting dalam rangkaian Blockchain matawang kripto.

Penulis malas nak bercerita panjang tentang apa itu mining dan mengapa ia penting dalam sistem blockchain kerana sudah pernah diceritakan sebelum ini. Malah jenis-jenis algoritma konsensus pun penulis pernah ceritakan panjang lebar: Apa itu Proof-of-Work dan Proof-of-Stake? dan PoW vs PoS? Eh, Kejap DPoS Lebih Hebat?

Tetapi satu perkara yang penulis tidak pernah sentuh adalah perbandingan antara solo mining dan pool mining.

Solo Mining Pool Mining
Lebih mahal kerana membeli peralatan sendiri Kos Boleh memilih tahap pelaburan
Tidak perlu dikongsi Ganjaran Dibahagikan dengan jumlah peserta dalam pool
Bergantung kepada kuasa pengkomputeran Kadar keuntungan Pendapatan tetap (bergantung kepada kontrak) yang biasanya lebih tinggi dalam 2-4%
Tiada Yuran Yuran transaksi dan pengeluaran dikenakan
Risiko lebih rendah kerana hardware peribadi Keselamatan Terdedah kepada risiko serangan DDoS dan server downtime

 

Kos

Untuk memasuki perlumbaan mining dalam Blockchain, kita perlu menggunakan peralatan perlombongan berkuasa tinggi. Jenama peralatan perlombongan paling popular adalah Antminer keluaran syarikat Bitmain. Jika kita membuat pencarian Google untuk peralatan perlombongan Antminer, harganya akan bermula dari RM1,100 sehinggalah ke RM23,000, bergantung kepada kuasa pengkomputeran peralatan perlombongan itu.

Itu baru kos pembelian peralatan hardware, belum lagi termasuk kos penghantaran dan pemasangan, elektrik yang tinggi dan sebagainya. Dan sudah tentulah kita tidak akan membeli satu sahaja peralatan oerlombongan itu kerana ia tidak berbaloi. Jika anda sudah membaca tentang bagaimana proses perlombongan itu dan potensi keuntungannya, anda tahu bahawa ianya bukan mudah untuk mendapatkan kembali kapital permulaan dan mula menjana keuntungan daripada aktiviti perlombongan.

EXMO affiliate program

Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk menyertai pool mining kerana kos permulaannya yang lebih murah dan boleh dipilih mengikut kemampuan. Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang pengurusan peralatan perlombongan kerana itu semua ditanggung oleh pool mining itu.

Ganjaran

Bagi mereka yang memilih untuk solo mining, ganjaran daripada blok adalah milik mereka sepenuhnya. Jika pool mining pula, ganjaran blok perlu dikongsi bersama-sama dengan semua peserta dalam pool mining itu. Dan lebih besar sesuatu mining pool, lebih kecil ganjaran yang anda peroleh jika kapital permulaan yang anda pilih pun kecil.

Kadar keuntungan

Kadar keuntungan untuk solo miner pula bergantung kepada sama ada anda dapat membentuk blok baru sebelum pelombong lain ataupun tidak. Untuk berbuat begitu, sudah tentu anda perlu mempunyai peralatan perlombongan berkuasa tinggi memandangkan semakin ramai pelombong dalam satu blockchain, semakin sukar untuk menyelesaikan masalah matematik dalam blockchain itu dan membentuk blok baru.

Bagi pool mining pula, kebiasaannya peralatan perlombongan yang digunakan sudahpun berkuasa tinggi (daripada kapital yang dikumpulkan daripada peserta mining pool tersebut) jadi peluang untuk membentuk blok baru dalam blockchain sangatlah tinggi berbanding pelombong lain, terutama jika pool mining itu besar. Jadi kadar keuntungan yang diterima adalah konsisten dan lebih daripada keuntungan solo miner.

Cuba lihat carta peredaran hashrate untuk blockchain Bitcoin di atas. Apa itu hashrate? Baca artikel ini: Apa anda perlu tahu tentang hashrateBahagian paling besar adalah BTC.vom, F2Pool dan AntPool. Ketiga-tiga ini adalah contoh pool mining terbesar dalam blockchain Bitcoin. Kebiasaannya solo miner akan termasuk dalam golongan Unknown yang mengambil 10.3% daripada peredaran hashrate dalam gambar di atas.

Yuran

Seperti biasa, buat solo miner, anda tidak perlu membayar yuran masuk, yuran transaksi, yuran pengeluaran atau apa sahaja yang dikenakan oleh mining pool kerana anda menjalankan operasi perlombongan sendiri. Dalam pool mining pula, selain daripada yuran yang dikenakan, selalunya bermula pada 3%, terdapat beberapa mining pool yang hanya memberikan ganjaran blok sahaja dan mengambil yuran transaksi yang dibayar penghantar. Jadi, di situ, pendapatan yang diterima daripada mining pool sudah semakin berkurang.

Keselamatan

Akhir sekali adalah dari segi keselamatan. Memandangkan operasi pool mining dijalankan oleh pihak ketiga yang mempunyai berpuluh ribu pengguna berdaftar dan dana, sudah tentu akan ada individu yang ingin mengambil kesempatan. Jadi terdapat pelbagai risiko seperti serangan DDoS atau masalah server dan sebagainya yang berada di luar kawalan pengguna.

Bagi solo miner pula, risiko itu berkurang kerana anda tidak bergantung kepada sistem pihak ketiga, walaupun terdapat juga risiko lain seperti kecurian atau kerosakan kepada peralatan perlombongan.

Kesimpulan

Jadi yang mana satu lebih baik? Sebahagian besarnya bergantung kepada modal anda. Jika modal anda mencukupi untuk membeli beberapa peralatan perlombongan, anda mempunyai lokasi yang baik untuk menjalankan operasi itu, mampu dari segi membiayai kos-kos lain, anda bolehlah menjadi solo miner. Tetapi jika anda ingin cuba melombong beberapa matawang kripto, dan mempunyai modal yang lebih kecil, lebih baik anda menyertai pool mining.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads