Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kenapa Kripto Lebih Perlukan Self-Regulatory Organisation?

Dalam Seminar Blockchain Kebangsaan ada satu sesi yang membincangkan tentang teknologi Blockchain dari segi undang-undang, dan ia disampaikan oleh seorang pensyarah undang-undang yang juga terlibat secara langsung dalam Malaysian Blockchain Regulatory Report oleh Universiti Malaya.

Dalam sesi tersebut, pensyarah tersebut telah bercakap tentang gejala negatif yang sering dikaitkan dengan matawang kripto, seperti aktiviti penjualan dadah, penggubahan wang haram dan pencurian yang berlaku di platform pertukaran. Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang perkembangan undang-undang berkaitan matawang kripto di Malaysia, khususnya ICO, perbandingan dengan undang-undang negara luar dan juga cadangan untuk mengawalselia teknologi Blockchain dan matawang kripto.

Kegagalan memahami teknologi Blockchain sebab utama tiada undang-undang jelas

Kekangan undang-undang mengenai teknologi ini bukanlah benda yang baru dan seringkali menjadi tajuk perbincangan di mana sahaja. Malah dalam komuniti matawang kripto sendiri, ianya berbelah bagi antara mereka yang inginkan undang-undang yang jelas, dengan mereka yang tidak mahu campur tangan kerajaan dalam hal ini.

Sesuatu yang menarik tentang pembentangan pensyarah itu dalam seminar adalah kurangnya pengetahuan beliau sendiri tentang apa itu sebenarnya teknologi Blockchain dan juga pemahaman tentang ekosistem matawang kripto. Dalam isu penggodaman platform pertukaran yang menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar, beliau telah menyalahkan teknologi Blockchain sendiri yang dikatakan tidak selamat. Walhal isu keselamatan teknologi Blockchain tidak boleh disangkal dan sudahpun diterangkan dalam sesi-sesi seminar sebelum itu.

Ini menunjukkan bahawa terdapat satu jurang yang signifikan antara keperluan undang-undang dan juga pemahaman bagaimana pasaran matawang kripto itu beroperasi. Bagaimana untuk wujudkan undang-undang mengenai segala aspek matawang kripto jika asas matawang kripto itu sendiri tidak difahami?

Itulah masalah yang dihadapi mana-mana regulator seluruh dunia. Malah, pembentang sendiri akui bahawa kebanyakan regulator tidak memahami teknologi Blockchain dan matawang kripto, dan disebabkan itulah sukar untuk mereka mengeluarkan undang-undang atau polisi yang jelas mengenainya. Persoalan besar yang timbul sekarang ialah, mengapa tidak menyerahkan aktiviti kawal selia kepada pakar-pakar industri itu sendiri?

EXMO affiliate program

Pada bulan Oktober 2018, kerajaan Jepun mengumumkan bahawa industri matawang kripto akan diberikan status self-regulatory, atau pengawalseliaan sendiri. Agensi kerajaan yang  ndustri tersebut sebelum ini, Financial Service Agency (FSA), telah memberi lesen kepada Japan in Virtual Currency Exchange Association (JVCEA) untuk mengawasi semua platform pertukaran yang beroperasi di negara itu.

Apa itu Self-Regulatory Organisation?

Di Jepun, JVCEA terdiri daripada 16 platform pertukaran matawang kripto dan ditubuhkan pada bulan Mac 2018, selepas penggodaman Coincheck berlaku. SRO bukan lah idea yang baru, kerana banyak industri mempunyai SRO sendiri untuk mengawal selia operasi industri tersebut. Contohnya di Amerika Syarikat, Financial Industry Regulatory Authority (FINRA) mengawal selia syarikat broker saham, mewujudkan panduan praktis terbaik dalam industri, menyelesaikan pertikaian sekuriti, dan juga mempunyai autoriti untuk menyaman, menggantung, dan melarang broker yang melanggar peraturan.

Memandangkan SRO terdiri daripada syarikat-syarikat dan institusi yang terlibat secara langsung dalam industri itu, merekalah pilihan terbaik dalam mengawal selia industri. Ini adalah kerana kepentingan mereka adalah untuk memastikan semua operasi berjalan dengan lancar dan tiada pemain yang sabotaj industri untuk kepentingan sendiri.

Kenapa SRO?

Sebelum ini, kawal selia industri matawang kripto di Jepun adalah di bawah FSA. Namun begitu, FSA masih lagi gagal untuk menangani masalah penggodaman platform pertukaran dan keAcurian berjuta-juta yen yang berlaku di negara itu. Pada tahun 2017, kes-kes penggodaman matawang kripto yang berlaku di Jepun telah menyebabkan kerugian sebanyak USD$5.8 juta, dan lebih mengejutkan lagi dalam 6 bulan pertama 2018 sahaja sebanyak USD$540 juta berjaya dicuri dalam 158 kes godaman.

Memandangkan Jepun adalah negara pertama menerima Bitcoin sebagai legal tender dan juga antara negara pertama yang mengeluarkan polisi berkenaan platform pertukaran kripto, perkara ini menunjukkan kerajaan sendiri tidak bersedia untuk mengawal selia industri tersebut. Dan langkah kerajaan Jepun menyerahkan tanggungjawab itu kepada badan yang terlibat secara langsung dalam industri itu menunjukkan kepentingan SRO, lebih-lebih lagi dalam kripto.

Apa impak SRO?

Dalam pasaran matawang kripto, gejala manipulasi pasaran paling besar adalah aktiviti “pump and dump”, dimana pedagang bergabung untuk menaikkan harga sesuatu token atau coin. Menurut kajian yang dijalankan oleh Wall Street Journal, kumpulan-kumpulan ini telah berjaya mencipta perdagangan sebanyak USD$825 juta dalam masa 6 bulan. Aktiviti manipulasi seperti ini dilarang keras di bursa saham, tetapi tidak di pasaran matawang kripto kerana tiada kawal selia.

SRO mampu untuk mengeluarkan polisi atau panduan untuk praktis terbaik kerana mereka mempunyai pengalaman praktikal dan juga input daripada organisasi lain yang terlibat secara langsung dalam pasaran matawang kripto.

Jika dijalankan dengan baik, SRO boleh memastikan ekosistem pasaran kripto lebih sihat dan kuasa menyaman atau menggantung mereka yang melanggar undang-undang akan mengurangkan berlakunya sabotaj antara pemain-pemain pasaran matawang kripto. Pada masa yang sama, ia akan menambah keyakinan orang ramai serta korporat yang lain sekaligus mengeluarkan industri matawang kripto daripada niche market ke pasaran mainstream.

Kesimpulan

Penulis berpendapat bahawa kuasa kawal selia industri matawang kripto perlu diserahkan kepada mereka yang tahu selok-belok industri ini, dan bukannya hanya mereka yang mempunyai latar belakang dalam undang-undang sahaja. Kerana hakikatnya, undang-undang dilaksanakan untuk memastikan semua yang terlibat tidak mengambil kesempatan sehingga merugikan orang lain.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads