Default – Above Header Ads

Jenis-jenis Trader Saham yang Anda Perlu Tahu

Pasaran saham merupakan lubuk untuk menjana duit tetapi tahukah anda bagaimana trader membuat keputusan bila hendak membeli dan menjual saham? Mengetahui gambaran umum jenis-jenis trader akan memberikan gambaran mengenai terminologi perdagangan dan strategi yang digunakan oleh trader yang berbeza. Dengan memahami strategi ini, mungkin dapat membantu anda untuk mencari strategi yang paling sesuai untuk digunakan.

Fundamental Trader

Fundamental trading adalah kaedah dimana trader memfokuskan pada berita berkaitan sesebuah syarikat untuk menentukan saham mana yang hendak dibeli dan bila perlu membelinya. Sebagai contoh, bayangkan seorang penganalisis fundamental di pusat membeli-belah. Dia akan pergi ke setiap kedai, mengkaji produk yang dijual, dan kemudian memutuskan sama ada akan membelinya atau tidak.

Walaupun fundamental trading dapat dilihat dari perspektif jangka pendek dan jangka panjang, ianya sering kali lebih berkaitan dengan strategi beli dan simpan daripada pelaburan jangka pendek.

Sesetengah strategi trading berubah berdasarkan pada keputusan yang dibuat dalam masa yang singkat dan ada yang bergantung pada trend atau faktor yang berlaku dalam masa sehari. Penganalisis fundamental mungkin tidak akan mengubah strateginya selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun. Kebiasaannya, berita penyata kewangan suku tahunan dapat memberi gambaran kedudukan kewangan sesebuah syarikat dalam keadaan baik atau tidak. Sebarang perubahan akan memberi isyarat fundamental trader untuk berdagang. Sudah tentu pengumuman berita buruk boleh mengubah strategi fundamental trading dalam sekelip mata.  

Ramai pelabur menyukai strategi fundamental trading kerana ianya berdasarkan logik dan fakta. Usaha untuk mencari dan menafsirkan fakta memerlukan banyak penyelidikan dan memakan masa. Cabaran lain datang dalam bentuk pasaran kewangan sendiri, yang tidak selalu bersikap logik terutama dalam jangka masa pendek. 

Noise Trader

EXMO affiliate program

Noise trading merujuk pada gaya pelaburan di mana keputusan untuk membeli dan menjual dibuat tanpa menggunakan data fundamental sesebuah syarikat. Noise Trader biasanya membuat perdagangan jangka pendek untuk mendapat keuntungan dari pelbagai trend ekonomi.

Noise trader menggunakan analisis teknikal yang dihasilkan oleh aktiviti pasaran, seperti harga dan jumlah saham yang diperdagangkan. Ianya memberikan gambaran corak yang dapat menunjukkan aktiviti dan arah pasaran masa depan. Noise trader biasanya akan bertindak balas berlebihan terhadap berita baik dan buruk.

Secara realitinya, kebanyakan pelabur dianggap sebagai noise trader kerana sangat sedikit yang membuat keputusan pelaburan berdasarkan analisis fundamental. Lihat kembali pada analogi awal mengenai perjalanan di pusat membeli belah. Tidak seperti penganalisis fundamental, penganalisis teknikal akan duduk dibangku pusat membeli belah dan memerhatikan orang masuk ke sesebuah kedai. Keputusan penganalisis teknikal akan berdasarkan pada corak atau aktiviti orang yang masuk ke kedai dan bukannya pada nilai intrinsik produk di kedai tersebut. 

Analisis teknikal boleh memakan masa yang lama dan memerlukan reaksi cepat untuk memanfaatkan peluang yang ada. 

Sentiment Trader

Sentiment Trader melabur mengikut trend. Mereka tidak mencari saham syarikat yang hebat tetapi mereka mencari saham yang bergerak mengikut momentum pasaran. 

Sentiment Trader menggabungkan kedua-dua aspek analisis fundamental dan teknikal dalam usaha untuk mengenal pasti dan mengambil bahagian dalam pergerakan pasaran. Terdapat pelbagai pendekatan Sentiment Trader, termasuk swing trade yang menangkap pergerakan harga yang penting dan contrarian trade yang menggunakan petunjuk sentiment positif atau negatif. 

Kos pelaburan, volatility pasaran dan kesukaran untuk meramal dengan tepat sentiment adalah antara cabaran utama yang dihadapi oleh sentiment trader.

Kejayaan sebagai sentiment trader biasanya memerlukan trader untuk meramal dengan tepat pergerakan awal trend. Analisis sebegini boleh memakan masa, dan strategi pelaburan mungkin memerlukan reaksi yang cepat.

Market Timer

Market Timer merupakan sejenis strategi pelaburan yang bergerak masuk dan keluar dari pasaran kewangan atau beralih antara kelas aset berdasarkan kaedah ramalan. Ramalan ini berdasarkan tinjauan keadaan pasaran atau ekonomi yang dihasilkan dari analisis teknikal atau fundamental. Ini adalah strategi pelaburan berdasarkan tinjauan pasaran agregat dan bukan untuk aset kewangan tertentu.

Market timing bertentangan dengan strategi beli dan simpan. Biasanya market timer menggunakan stategi jangka pendek. 

Arbitrage Trader

Arbitrage Trader membeli dan menjual aset dalam usaha mendapatkan keuntungan dari perbezaan harga instrumen kewangan yang serupa, di pasaran yang berbeza atau dalam bentuk yang berbeza. Arbitrage wujud akibat dari ketidakcekapan pasaran. Jenis perdagangan ini sering dikaitkan dengan hedge fund.

Sebagai contoh, jika sesuatu saham didagangkan di beberapa pasaran dan ianya lebih murah pada satu pasaran, ia boleh dibeli di pasaran pertama dengan harga yang lebih rendah dan dijual di pasaran lain dengan harga yang lebih tinggi. Tetapi dengan kehadiran kemajuan teknologi, ianya sangat sukar pada waktu ini untuk membuat keuntungan dengan cara ini. 

Penulis: Muhamad Akif Akmal

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.