Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TAHU SEBELUM TERLIBAT DENGAN TRADING SAHAM

 

Tahukah anda trading saham ini sangat susah bagi anda yang baru ingin berjinak dalam industri ini tanpa mengetahui selok belok trading? Atau anda rasa dengan trading saham boleh membuat anda menjadi kaya? Tanggapan anda salah. Bagaimana jika anda rugi? Pernah dengar teori 90/90/90?

Teori ini amat terkenal dalam kalangan pedagang dan pelabur di Amerika Syarikat dan dipopularkan oleh Anton Kreil. Dalam bahasa mudahnya “Daripada 100 orang traders dan pelabur, 90 orang akan kehilangan 90% wang pelaburan mereka dalam masa 90 hari pertama”. Adakah anda ingin berada dalam kalangan 90 orang itu? 

Sudah tentu tidak bukan?

Oleh itu, sekiranya anda tidak mahu tergolong dalam 90 orang yang disebutkan di dalam teori tersebut, jangan terjun ke dalam trading saham tanpa persediaan dan pengetahuan yang betul. 

8 PERKARA WAJIB ANDA TAHU SEBELUM TERLIBAT DALAM TRADING SAHAM

#1: Teori “Buy Low, Sell High” tidak mudah yang disangka

Apakah yang dimaksudkan dengan “buy low, sell high”? Adakah kita akan membeli saham bila harga dekat bawah dan menjualnya kembali bila dekat atas? Kalau macam tu semua orang boleh trade. Tetapi apakah ia semudah seperti yang disangkakan? Pada hakikatnya, lebih senang untuk berkata-kata daripada melakukannya. 

Sebagai contoh, sekiranya pasaran saham sedang menurun, sudah pasti kita tidak akan membeli sedangkan kita tahu harga saham tersebut tengah murah. Ini adalah kerana psikologi kita mengatakan harga boleh semakin turun, dan rugi untuk kita membeli pada waktu itu.

Oleh itu, tidak mudah untuk menentukan sama ada harganya sudah cukup rendah (untuk dibeli) atau sudah cukup tinggi (untuk dijual). Ini adalah kerana harga mempengaruhi dan mencerminkan psikologi dan emosi peserta pasaran. Jadi bagaimana kita nak tahu bila nak beli saham?

#2: Belajar Selok-Belok Pasaran

Bagi menjawab persoalan #1, kita kena belajar selok-belok pasaran dahulu. Bagaimana? Dengan mempelajari bagaimana berita atau pengumuman tentang sesebuah syarikat atau industri ataupun keadaan ekonomi mempengaruhi turun naik harga saham, bagaimana perdagangan berfungsi, bagaimana industri yang berbeza bertindak balas dan bagaimana untuk menjangka turun naiknya harga. Sebagai contoh, banyak industri yang mula naik seperti industri pelancongan dan perhotelan setelah vaksin Covid-19 dikeluarkan. Oleh itu, mengetahui selok-belok pasaran amat penting dalam trading saham bagi membuat sesuatu keputusan.

#3: Belajar Untuk Menganalisa

Selain mengetahui selok-belok pasaran, kita perlu belajar untuk menganalisa pasaran saham dan jangan bergantung pada nasib sahaja. Dalam perniagaan tiada istilah nasib begitu juga dengan trading saham. Kita mestilah membuat analisis sesebuah syarikat sebelum membeli saham syarikat tersebut. Bak kata pepatah melayu “Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam.

Terdapat dua cara untuk menganalisa saham iaitu menggunakan analisis fundamental dan analisis teknikal. 

Apa Itu Analisis Fundamental? 

Analisis fundamental juga dikenali sebagai analisis asas. Tujuannya adalah untuk menganalisis sekuriti dengan menentukan nilai intrinstik saham bagi mendapatkan maklumat tentang sesebuah syarikat. Beberapa istilah teknikal selalu diguna pakai ialah Earnings per Share (EPS), Market CapitalisationNet Tangible Asset, dan banyak lagi. 

Apa Itu Pula Analisis Teknikal?

Analisis teknikal adalah kaedah menentukan harga saham dengan menggunakan carta. Dengan menggunakan carta, kita dapat mengkaji sejarah sesebuah syarikat dan dapat mengenal pasti bila kita hendak jual beli saham. Namun, ia bukanlah mudah kerana banyak yang perlu diketahui seperti cara membaca candlestick atau bar chart, volume, peratusan pergerakan dan banyak lagi yang perlu diambil kira.

Perbezaan kedua-dua analisis ini telah dikupas di dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Kenapa teknikal analisis dalam saham lebih jitu dari fundamental analisis?’ sebelum ini.

#4: Have A Trading Plan

Penting sangat ke trading plan ni? Anda kena tahu setiap perniaaan ada untung rugi begitu juga dengan trading saham. Oleh itu, trading plan ini membantu anda untuk menentukan nisbah risk:reward, berapa keuntungan yang ingin diambil dan berapa banyak kerugian yang anda sanggup ambil. Selain itu, trading plan ini dapat membantu mengawal emosi dalam trading. Bagaimana ia membantu anda mengawal emosi? Dengan meletakkan harga beli (Target Price) dan harga yang wajib dijual (Stop Loss). 

Jangan Pernah Sesekali Khianati Trading Plan Anda!

Kenapa kita tidak boleh khianati trading plan kita? Apa sebabnya?  Ini disebabkan kita tidak tahu apa yang akan jadi di kemudian hari. Sebagai contoh, anda membesarkan stop loss kerana tidak ingin mengambil kerugian. Sekiranya harga saham naik semula tidak apa, tetapi bagaimana jika harga saham makin menurun. Apa yang anda akan lakukan? Adakah anda ingin mengambil kerugian yang lebih besar? Oleh itu, tolonglah jual pada harga Stop Loss. Ada banyak lagi saham syarikat yang anda boleh beli. 

#5: Pengurusan Modal Kewangan (Money Management)

Bagaimana hendak menguruskan modal? Adakah patut kita laburkan semua modal kita? Pengurusan modal kewangan sangat penting dalam semua perniagaan. Kita mestilah tahu bagaimana nak kawal dan uruskan modal untuk membeli saham.  Sebagai contoh, kita ada modal sebanyak RM10,000 dan kita menggunakan semua modal yang ada untuk membeli saham sebuah syarikat. Dengan harapan, harga saham akan naik dan dapat mengembalikan keuntungan yang berganda.  Namun kalau sebaliknya yang berlaku? Oleh itu, janganlah terlalu yakin dengan meletakkan semua modal kita dalam satu syarikat sahaja. Bak kata pepatah orang putih “Dont put all eggs in one basket”.

#6:  Stok $500 Tidak Mahal dan Stok $5 Tidak Murah

Mengapa pula begitu? Sebenarnya, harga saham bukan penentu yang tepat untuk dinilai ketika memutuskan sama ada pembelian saham itu berbaloi atau tidak. Mungkin bagi anda $500 adalah mahal dan $5 adalah murah, namun cuba anda fikirkan sekiranya harga stok $500 mempunyai strategi lebih baik, bukankah masuk saham yang berharga $500 adalah lebih baik? Selain itu, ia sebenarnya bergantung pada berapa unit yang anda ingin beli. 

Sebagai contoh, anda ingin membeli 25 unit untuk saham berharga $500 dan mengambil keuntungan sebanyak $5. Jumlah yang anda akan untung ialah $250 ($5×25). Begitu juga dengan saham berharga $5, sekiranya anda membeli 500 unit dengan mengambil keuntungan sebanyak $0.50 anda masih akan mendapat jumlah keuntungan yang sama iaitu sebanyak $250 ($0.25×500). Oleh yang demikian, nilai saham bukanlah penentu saham itu mahal atau murah.

#7: Kaedah Jual Dan Beli Saham

Adakah anda sudah tahu saham syarikat mana yang anda ingin beli? Akan tetapi dimana anda boleh membuat urusan jual beli saham? Adakah ia boleh dibeli dekat kaunter seperti di pasar raya? Ataupun anda boleh membelinya di mana-mana laman web? Mestilah jawapannya tidak. Jika ianya semudah itu, pasti semua orang akan membeli saham. 

Jadi bagaimana anda boleh membuat urusan jual beli saham? Haa, kita akan menggunakan orang tengah untuk urusan jual beli saham kerana kita tidak boleh membeli sesuatu pegangan tanpa orang tengah.  

Tetapi siapa orang tengah yang dimaksudkan itu? Orang tengah yang dimaksudkan ialah broker saham. Broker saham ni akan menjadi orang yang menghubungkan di antara pelabur dan Bursa Malaysia sekiranya anda ingin membeli saham di Malaysia. Terdapat banyak broker di Malaysia antaranya ialah RHB, CIMB, Bank Islam, Maybank, Malacca Securities dan banyak lagi.

Bagaimana nak pilih broker yang akan menguruskan akaun anda? Anda mesti tahu yang mereka tidak membuat kerja secara percuma dan semestinya broker-broker saham ni akan mengenakan yuran. Oleh itu, sebelum anda membuat keputusan, anda seharusnya membandingkan yuran dan memilih broker dengan yuran terendah. Yuran dan komisen daripada broker merupakan kaedah yang paling cepat untuk menghilangkan keuntungan anda. 

#8: Mentaliti Yang Betul

Sebelum anda masuk ke dalam trading saham, anda perlu mempunyai mentaliti yang betul. Anda kena tahu bahawa sekiranya keuntungan tinggi, risiko juga akan tinggi. Begitu juga sebaliknya, keuntungan rendah, risiko pun akan rendah. Saham bukanlah skim cepat kaya yang anda boleh dapatkan duit dengan pantas seperti hari ini trade dan esoknya anda akan menjadi seorang multi-billionaire melainkan anda memang suka mengambil risiko yang tinggi.

KESIMPULAN

Apa-apa pun anda perlu mempunyai ilmu saham sebelum terlibat dalam trading saham. Setelah itu, gunakan ilmu yang ada untuk membuat kajian. Sebelum anda memasuki live trading, backtesting dahulu kerana anda dapat mengetahui tentang peratusan kemenangan jika menggunakan strategi itu. Jangan pernah memasuki trading jika anda tidak mempunyai kajian dan persiapan yang rapi. Memetik kata-kata Peter Lynch: “Investing without research is like playing stud Poker and never looking at the cards”.

Penulis: Nabilah Izzati binti Ramli

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.