Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Trivechain Dicalonkan untuk Bloconomic Award di Bloconomic Summit 2019

Mei 10, 2019, TriveAcademy, salah satu pemain dalam membina infrastruktur teknologi blockchain dan menjalankan kelas latihan dan proses perundingan telah dicalonkan untuk ‘Bloconomic Excellence Award – Best Blockchain Technology Developer Award’ di Bloconomic Summit. Bloconomic Summit dianjurkan oleh Malaysian Blockchain Association and Alphacap Sdn. Bhd.

Sebagai rakan penaja untuk acara Bloconomic, TriveAcademy telah menyampaikan teknologi terkini mereka dan aplikasi Trivechain 2.0 kepada orang ramai di persidangan itu. Trivechain komited untuk menjadi infrastruktur blockchain generasi seterusnya dan telah implementasi konsensus hibrid POW + POS untuk mencapai prestasi tertinggi dan tahap keselamatan yang tinggi di sebalik sokongan rantaian awam untuk aliran aset global.

Selepas fork yang berjalan lancar pada 22 April, versi terbaru Trivechain 2.0 telah dinaiktaraf, dilancarkan dan kini berjalan dengan stabil. Trivechain 2.0 terdapat perubahan besar yang termasuk perubahan pada algoritma Proof-of-Work dari X11 kepada X16R dan kolateral Proof-of-Stake dari 1,000 TRVC kepada 10,000 TRVC. Oleh itu, hash rate perlombongan dan bilangan masternode perlu perlahan-perlahan ditambah baik dan disokong oleh komuniti baru. Kuasa hash dan bilangan masternode semakin meningkat setiap hari secara signifikan sejak tarikh fork.

Buat masa ini, komuniti pembangun teknologi Trivechain diketuai oleh Tan Ji Sheng, pengasas TriveAcademy. Tan telah berkongsi ucapan yang mengagumkan untuk Trivechain 2.0 di Bloconomic, yang memberi peserta pemahaman yang lebih mendalam tentang perancangan di masa hadapan dan aplikasi praktikal Trivechain. Apa yang menarik adalah satu lagi projek yang berjaya dicalonkan adalah BigRewards. BigRewards dibina dan disokong oleh teknologi blockchain Trivechain. Sistem yang diintegrasi menggunakan TriveAsset untuk merekod BigRewards Points.

Dalam temubual dengan Tan, dia berkata bahawa “Trivechain 2.0 sebagai platform blockchain, akan mencipta komuniti yang serasi untuk menarik pembangun dan usahawan seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Trivechain. Komuniti ini dengan beberapa produk kod terbuka akan menawarkan dan mencipta ekosistem yang lebih kondusif untuk pembangun. Ini akan membolehkan rantaian menyediakan keadaan yang paling bersesuaian untuk penggunanya membangunkan aplikasi mereka.

Trivechain 2.0 menawarkan satu lagi platform terbuka alternatif untuk pembangun membangunkan usaga perniagaan berdasarkan blockchain yang baru. Platform tersebut sudah sedia untuk dilancarkan bagi mereka yang berminat untuk menyertai trend perlombongan baru.

Mari menyertai komuniti Trivechain! Anda dijemput memohon dana pembanguan melalui sistem pentadbiran DAO untuk membina ekosistem yang mesra pengguna dan efisyen dalam persekitaran blockchain. Lawat laman web rasmi di www.trivechain.com untuk maklumat lanjut.

Laman Web Rasmi

https://www.trivechain.com

Official source code, updates and desktop client
https://github.com/trivechain/trivechain-core/releases/tag/v2.0.0.0

Telegram

https://t.me/trivechain

Discord

https://discordapp.com/invite/2stZ3he

Wallet

http://wallet.trivechain.com

Mining pool

https://us-pool.trivechain.com/

https://sea-pool.trivechain.com/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads