Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Matawang Kripto Revolusi ‘Sharing Economy’

Pernah dengar tentang Airbnb? Atau Uber? Kedua-dua syarikat ini membentuk sebahagian daripada ‘sharing economy’ ataupun ‘peer-to-peer economy‘. Sharing economy adalah konsep  model perniagaan baru yang menjadi terkenal dengan populariti syarikat seperti Airbnb dan Uber yang menjadi muka ekonomi ini.

Apa itu sharing economy economy?

Istilah ‘sharing economy‘ sebenarnya sudah wujud sejak tahun 2000-an lagi, apabila model perniagaan baru digunakan selepas zaman Great Recession untuk persediaan menghadapi pertambahan penduduk sedunia dan juga kehabisan sumber. Secara literal, ‘sharing economy‘ bermaksud perkongsian sumber didalam sesuatu komuniti. Kini, istilah itu digunakan secara meluas dan meliputi transaksi dalam pasaran online, atau model pasaran hybrid antara peer-to-peer.

Syarikat seperti Airbnb, Uber, Grab, Lyft telah menobatkan sharing economy sebagai suatu fenomena baru sebagai alternatif kepada sistem ekonomi yang kapitalis, dan centralized. Dan ekonomi ini telah berkembang dengan pesat kerana pelbagai faktor, termasuk perkembangan teknologi yang menghubungkan satu dunia dengan mudah, rangkaian sosial yang sangat besar, cara hidup yang lebih urban dan juga yang paling penting adalah beban kepada sumber semula jadi.

Apa kaitan sharing economy dengan matawang kripto?

Sharing economy bergantung kepada tenaga kerja yang diagihkan secara geografi, aset-aset yang boleh dikongsi tanpa membebankan sumber sedia ada, dan juga transaksi dan kontrak antara peer-to-peer. Perkembangan teknologi telah banyak membantu mengembangkan sharing economy dan peralihan pemikiran generasi zaman ini menjadikan sharing economy sesuatu yang relevan, di sebalik market share yang kecil berbanding perniagaan kapitalis.

Dan kini, teknologi Blockchain telah membuka satu peluang yang besar untuk mengembangkan lagi ekonomi berdasarkan peer-to-peer ini. Teknologi ini menambah lagi kelas aset yang boleh dikongsi dalam komuniti, sesuatu yang sebelum ini mungkin dianggap mustahil, termasuklah kuasa komputer, tempat penyimpanan data malah tenaga eletrik tambahan juga boleh dikongsi.

Memandangkan majoriti daripada kita memiliki komputer, rumah, kereta, ekonomi ini boleh beroperasi dengan kos yang rendah dan dengan mudah. Pada masa yang sama, kepercayaan sesama sendiri terbina dan yang lebih penting transaksi boleh berlaku dengan lebih telus dan sekelip mata sahaja dalam komuniti, kerana kelebihan teknologi Blockchain.

Boleh dikatakan dunia kini di mana Internet menghubungkan sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepadanya, adalah berdasarkan sistem peer-to-peer yang secara perlahan memberi persaingan sengit kepada model perniagaan tradisional. Dalam sistem ini, peranan peserta lebih banyak kerana mereka boleh menjadi pembekal, pengguna, peminjam, penyewa, dan sebagainya, dan peranan setiap orang sangat penting untuk memastikan sistem itu berjalan dengan lancar.

Contoh matawang kripto yang terlibat dalam sharing economy

Bitcoin adalah contoh utama yang menjadi revolusi kepada sharing ekonomy. Ia adalah sistem pembayaran peer-to-peer yang menjadi alternatif kepada penggunaan matawang fiat, tidak kira secara tunai atau elektronik (kad kredit/debit/pemindahan online). Matawang fiat masih lagi boleh menjadi halangan pertama dalam perkembangan sharing economy, terutama dari segi kos penggunaan yang tinggi kepada pengguna. Kewujudan Bitcoin telah menjadikan pembayaran lebih mudah, murah dan cepat.

Dalam kelas aset baru pula, contohnya penyimpanan data, matawang kripto seperti Filecoin dan Storj sudah menjadi alternatif kepada cloud storage platform sedia ada seperti Dropbox, Google dan sebagainya. Platform-platform tersebut membolehkan individu menyewakan ruang hard drive mereka yang tidak digunakan, memberi kapasiti kepada orang lain yang memerlukan, tetapi masih lagi mengawal hard drive mereka.

Syarikat seperti Golem, SONM, BOINC dan Gladius pula menyediakan platform untuk penyewaan kuasa komputer. Dalam kes BOINC, platform tersebut membolehkan pengguna menawarkan kuasa komputer mereka secara sukarela untuk tujuan penyelidikan penyakit, isu pemanasan global dan lain-lain penyelidikan saintifik. Selain mereka terdapat banyak lagi projek matawang kripto yang membolehkan pengguna platform menawarkan perkhidmatan atau barangan dan memperoleh untung daripadanya.

Kesimpulan

Kelebihan teknologi Blockchain adalah faktor utama ekonomi peer-to-peer boleh beroperasi dengan lancar. Ia telah menyumbang kepada suatu ekonomi yang boleh dikatakan inclusive, di mana ia mampu merangkumi semua kelas penduduk tanpa membezakan darjat atau kekayaan, kerana dalam sistem ini semuanya boleh menjadi penjual dan pembeli pada masa yang sama.

Hakikatnya, ekonomi ini masih jauh daripada ideal, dan masih mempunyai pelbagai isu yang perlu diperbaiki untuk memastikan ia masih lagi relevan pada masa akan datang. Antara halangan terbesar adalah golongan financiers, yang merasa terancam dengan perkembangan ekonomi ini, dan ingin mengekalkan status quo di mana sumber sepatutnya dimiliki oleh mereka yang terkaya, dan ekonomi dikuasai oleh pasaran duit (money market).

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.