Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

5 Jangkaan untuk Matawang Kripto di 2019

Kita dah semakin hampir dengan penghujung 2018. Sewaktu penulisan, pasaran matawang kripto telah bertambah sebanyak USD$9 bilion. Kita harapkan momentum ini akan berterusan sehingga ke tahun 2019.

Tahun ini kita telah melalui banyak cabaran setelah pasaran matawang kripto mencapai All-Time High pada bulan Disember 2017. Banyak pelabur yang membeli matawang kripto ketika harga begitu tinggi kini berduka melihat keadaan pasaran matawang kripto. Namun begitu, ianya berita baik untuk pelabur baru yang baru mengenali matawang kripto.

Tirai 2018 bakal tutup, dan walaupun kita terlepas Bitcoin memecah rekod harga tertinggi yang sering diramalkan penganalisa, pemulihan harga matawang kripto sedikit sebanyak membuat ramai pelabur lega. Sambil kita memikirkan azam baru untuk tahun 2019, apa kata kita baca tentang 5 jangkaan untuk matawang kripto di 2019?

Pemain (Pelabur) Institusi akan menjadi Pemangkin Pasaran Matawang Kripto

Kita sudah nampak impak pelancaran futures contract Bitcoin oleh CME pada bulan Disember 2017 yang lalu. Ini menunjukkan bahawa pelabur institusi dalam dunia matawang kripto semakin meningkat dan tidak mengejutkan jika mereka merangkumi sejumlah besar pasaran matawang kripto kini. Menurut laporan, jumlah dagangan futures contract CME telah meningkat 93% dalam suku kedua 2018.

Sebenarnya banyak tanda-tanda pasaran matawang kripto sudah dipenuhi pelabur institusi. Contohnya dalam artikel tentang penglibatan Soros, Rockefeller dan Rothschild dalam matawang kripto atau berita-berita tentang kemasukan matawang kripto ke dalam bursa perdagangan. Kita juga bakal melihat matawang kripto dalam NASDAQ pada tahun 2019. Selain daripada itu, berita tentang pelancaran ICE oleh Bakkt juga akan ditangguhkan ke tahun 2019 juga menjadi satu petanda pelabur institusi akan mula masuk ke dalam dunia kripto.

Ripple bakal bertakhta di pasaran

Buat masa ini, Bitcoin masih lagi mendominasi 51.4 peratus daripada pasaran kripto namun begitu daripada segi potensi, Ripple nampaknya mampu mengalahkan Bitcoin. Lebih-lebih melihat penerimaan pelabur institusi yang semakin positif terhadap kripto.

Bayangkan, jika anda seorang pelabur institusi ataupun syarikat besar yang mempunyai aset untuk pelaburan mencecah berjuta-juta dolar, sudah tentu anda akan memilih untuk melabur dalam matawang kripto yang mempunyai risiko yang rendah dan ganjaran yang tinggi, betul tak? Jika kita lihat prestasi Ripple setakat ini, mudah untuk kita katakan keyakinan pelabur dalam Ripple lebih tinggi berbanding matawang kripto lain.

Harga Bitcoin dan matawang kripto lain lebih stabil 

Selepas rata-rata semua matawang kripto mencapai ‘all time high’ pada bulan Disember 2017, jangkaan pelabur optimis mengharapkan trend harga tinggi berterusan hancur apabila keseluruhan pasaran matawang kripto menjunam di awal tahun 2018. Dan kita dapat lihat sepanjang tahun ini pasaran seolah-olah dalam keadaan bearish berpanjangan.

Jika kita ketepikan faktor-faktor harga matawang kripto jatuh lebih teruk seperti sekatan daripada kerajaan atau peraturan baru yang dikeluarkan, sebenarnya kebanyakan matawang kripto hanya kehilangan harga ‘hype’ mereka. Contohnya, harga Bitcoin kini sudah kembali kepada harganya sebelum ia mula menjadi satu ‘hype’ bermula dengan berita tentang hard fork BCH dan pengaktifan protokol SegWit.

Boleh dikatakan sepanjang tahun 2018, pergerakan matawang kripto adalah untuk mencari baseline apabila tiada berita sensasi yang akan memberi impak besar kepada harga matawang kripto. Jadi, jangkaan 2019 adalah bahawa harga matawang kripto di pasaran akan lebih stabil dan pergerakan harga turun naik akan lebih organik.

Lebih banyak Security Token

Penciptaan Ethereum pada tahun 2015 telah memperkenalkan token utiliti kepada dunia, di mana token tersebut memberi akses kepada sumber digital yang boleh dikongsi dalam komuniti. Contoh-contoh token utiliti termasuk kuasa pengkomputeran, ruang penyimpanan data, perkongsian data dan macam-macam lagi.

Tidak lama kemudian, developers mula menggunakan teknologi smart contract untuk mengumpul dana bagi projek mereka, dengan menawarkan orang awam token mereka untuk memastikan projek mereka berjaya. Disitulah bermulanya era ICO yang berjaya mengumpul lebih USD$17 bilion dalam masa 12 bulan.

Di mana token utiliti bertujuan untuk mewujudkan sistem yang terdesentralisasi dalam komuniti, security token atau token sekuriti mewakili pemilikan dalam kelas aset tradisional seperti hartanah, ekuiti dan bon. Teknologi Blockchain telah menyumbang kepada ketelusan dan perkembangan global suatu sistem perdagangan tradisional yang sedia ada.

Dalam pasaran aset Amerika Syarikat sahaja, pasaran ekuiti dan bon mewakili lebih USD$70 trilion dan token sekuriti yang implementasi teknologi Blockchain dan pada masa yang sama bersandarkan nilai dalam dunia sebenar sudah pasti akan menambah keyakinan pelabur-pelabur kripto.

Jumlah perdagangan berpindah ke platform pertukaran desentralisasi

Jika kita lihat ekosistem matawang kripto pada masa kini, bursa pertukaran kripto yang mempunyai jumlah perdagangan paling besar adalah bursa yang dikuasai satu syarikat. Ini menunjukkan sektor ini masih belum terdesentralisasi sepenuhnya, dan kebanyakan peminat tegar kripto inginkan sistem kewangan yang lebih telus, adil dan inklusif daripada sistem legasi sedia ada.

Secara perlahan-perlahan, platform pertukaran yang memberi kuasa kepada pedagang semakin bertambah. Platform pertukaran seperti Ox, Bancor dan Omisego menjanjikan sistem yang tidak dikuasai pihak ketiga dan kesemua proses yang berlaku adalah dalam kawalan pengguna.

Buat masa ini, jumlah perdagangan dalam platform pertukaran desentralisasi seperti IDEX adalah lebih kurang USD$3 juta setiap hari dan walaupun ia tidak boleh mengalahkan jumlah perdagangan bursa pertukaran kripto besar yang selalunya melebih USD$1 bilion sehari, dengan perkenalan platform pertukaran desentralisasi baru tidak mustahil ia akan menjadi ‘hype’ yang baru di tahun 2019.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.