Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

9 Cara Membuat Duit dengan Matawang Kripto

Artikel ni bukan click bait tau? Dan ia juga bukan mempromosi apa-apa program untuk disertai. Semuanya penulis sudah pernah bincangkan dalam artikel-artikel sebelum ini. Artikel ini hanyalah ringkasan untuk semua sebab ramai yang bertanya.

Mentang-mentang harga Bitcoin melompat kan? Sewaktu penulisan, 1 Bitcoin berharga RM55,000. Uishh…kaya betul siapa yang membeli dan menyimpan Bitcoin sewaktu harganya sedang jatuh pada awal tahun ini. Sudah terlambat ke untuk membeli Bitcoin? Nak tahu, boleh baca artikel yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Memandangkan harga Bitcoin di pasaran sedang meloncat, dan ramai yang teruja ingin tahu tentang aset digital yang semakin popular ini, kali ini penulis dengan baik hati mengumpulkan dan meringkaskan artikel-artikel sebelum ini dan meringkaskan 9 cara untuk membuat duit dengan matawang kripto untuk anda.

1. Beli dan simpan Bitcoin

Sudah tentu cara paling senang untuk membuat duit dengan matawang kripto adalah dengan membeli dan menyimpan Bitcoin atau dalam erti kata lain HODL. Kenapa senang? Kerana jika anda melihat trajektori harga Bitcoin, kebanyakan penganalisa menjangkakan harga Bitcoin akan meningkat terutama semakin ia mendekati peristiwa halving ganjaran blok dan juga had bekalan maksima iaitu 21 juta.

Apa itu halving? Ringkasnya ia adalah apabila ganjaran blok yang diberikan kepada pelombong sebagai insentif mereka mengesahkan transaksi Bitcoin dikurangkan sebanyak 50%. Dan yang akan datang akan berlaku pada tahun 2020.

EXMO affiliate program

Jika melihat kepada gambar di atas, kita berada di bahagian hijau dan nampak kan, trajektorinya adalah sentiasa menaik walaupun ada kala ianya jatuh. Peristiwa halving berlaku juga menandakan bekalan Bitcoin sudah mendekati had maksimanya dan selepas itu tiada lagi Bitcoin baru akan dikeluarkan.

Jadi strategi HODL bagi mereka yang tidak berminat untuk berbuat apa-apa dengan simpanan Bitcoin mereka adalah yang terbaik.

Baca: Panduan Permulaan untuk Pelaburan Matawang Kripto

2. Beli dan simpan Altcoin

Sama juga dengan altcoin, strategi paling mudah adalah beli dan simpan. Namun begitu, dengan altcoin, anda perlu membuat kerja lebih sedikit. Anda perlu membuat perbandingan dan menilai setiap projek matawang kripto kerana di sinilah projek scam berleluasa. Kadang-kadang projek itu bukanlah satu scam tetapi kerana rangkaiannya kecil atau pembangun tidak menambah baik projek itu, lama-kelamaan projek itu sendiri berhenti separuh jalan dan semua duit pelaburan habis begitu sahaja.

Jadi, perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu tentang potensi projek itu dan apa-apa kemas kini daripada pembangunnya, sama ada mereka aktif di media sosial atau sekadar meminjamkan nama sahaja. Akhir sekali, selepas anda sudah puas hati dengan penyelidikan anda, anda boleh membeli dan menyimpan altcoin yang dipilih. Tetapi kena ingat, setiap pelaburan tidak kira Bitcoin mahupun altcoin pasti ada risikonya tersendiri.

Baca: 5 Soalan Anda Patut Jawab Sebelum Melabur dalam Altcoin, 4 Cara Membeli Matawang Kripto, Khususnya Altcoin

3. Dagangkan Bitcoin/Altcoin di pasaran

Jika anda seorang yang rajin atau bekerja dari rumah atau bekerja sendiri, anda boleh menjalankan aktiviti berdagang Bitcoin/altcoin di pasaran. Disebabkan pergerakan harga matawang kripto yang sentiasa naik turun, agak mudah untuk mendapat keuntungan melalui perdagangan Bitcoin atau altcoin.

Coin.my tidak mengajar bagaimana untuk berdagang matawang kripto di pasaran, tetapi anda sendiri boleh belajar sendiri secara kecil-kecilan atau menyertai group di Telegram atau melawat laman-laman web lain yang mengajar bagaimana untuk membaca carta/graf pasaran dan berdagang.

Selain daripada perdagangan biasa (membeli ketika murah, menjual ketika mahal), terdapat jenis-jenis perdagangan lain seperti arbitrage trading dan juga margin trading. Tetapi yang ini lebih sukar dan anda perlu betul-betul menimba terlebih dahulu.

Baca: Bagaimana untuk Kenal Pasti Trend Harga Matawang Kripto, Arbitrage, Kaedah Perdagangan Matawang Kripto yang Menguntungkan

4. Sertai mining pool atau solo mining

Aktiviti mining sesuai untuk mereka yang ingin melibatkan diri secara langsung dalam rangkaian Blockchain. Ianya satu kaedah yang sering kali diuar-uarkan sebagai cara terbaik untuk membuat duit dengan matawang kripto. Kaedahnya nampak seperti mudah: melabur dalam peralatan perlombongan, pasang peralatan itu (jika melombong sendiri) dan tunggu mendapat hasil.

Namun begitu, kos pelaburan untuk peralatan perlombongan tidaklah semurah yang disangka. Ditambah lagi dengan kos operasi (elektrik, naik taraf dan sebagainya), ramai yang membuat keputusan untuk menyertai mining pool daripada menjalankan aktiviti itu secara solo.

Tetapi kos untuk menyertai mining pool juga tidaklah murah memandangkan anda juga melabur untuk membeli peralatan perlombongan. Bezanya adalah kos itu dibahagikan dengan ramai orang dan selain daripada itu, potensi mining pool mendapat ganjaran blok lebih tinggi berbanding solo miner.

Baca: Cara-cara untuk Mining Bitcoin, Cara-cara untuk Membina Mining Rig Anda Sendiri

5. Gunakan instrumen pelaburan

Seterusnya adalah dengan menggunakan instrumen pelaburan seperti dalam pasaran saham. Anda pasti sudah mendengar tentang futures contract, hedge fund, investment trust dan sebagainya? Cara ini lebih ditujukan kepada pelabur institusi ataupun mereka yang mempunyai kapital yang besar, kerana syarikat yang menawarkan instrumen pelaburan ini akan membuat pelaburan yang besar sahaja.

Selain itu, produk-produk ini membolehkan pelabur melabur dalam Bitcoin atau matawang kripto tanpa perlu membeli matawang kripto itu. Buat ramai pelabur institusi ataupun berpengalaman, ini adalah cara terbaik untuk mendapat keuntungan daripada kejayaan Bitcoin tanpa perlu menyimpan matawang kripto itu.

6. Microtasks dan Faucets

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan jumlah matawang kripto yang kecil untuk anda menyiapkan microtasks atau kerja-kerja mudah untuk orang lain. Contohnya adalah seperti mengisi survey, menguji aplikasi di internet, debug laman web ataupun kerja-kerja lain. Ini sesuai untuk mereka yang tidak pernah membeli matawang kripto dan baru ingin menyertai dunia matawang kripto.

Antara laman web yang menawarkan microtask adalah:

make money with cryptocurrency
how to make money on cryptocurrency
how to make money with cryptocurrency

 

Selain daripada itu juga terdapat laman web yang menawarkan faucet, ataupun jumlah Bitcoin yang kecil selalunya dalam satoshi kepada sesiapa yang ingin memiliki Bitcoin. Contohnya, laman web Claim Free Coins yang menawarkan 100 satoshi setiap 5 minit. 100 satoshi bersamaan dengan 0.00000100 ฿ (~ USD$0.0123) jadi jika anda rajin anda boleh menebusnya setiap 5 minit dalam sehari untuk mendapatkan sehingga 28,800 satoshi iaitu 0.00028800 ฿ (~ USD$3.16).

7. Affiliate marketing

Kini terdapat banyak bursa pertukaran kripto yang menawarkan affiliate marketing, di mana jika anda mengajak rakan-rakan anda mendaftar di bursa itu dengan kod referral anda, anda akan mendapat ganjaran apabila mereka membuat transaksi pertama atau setiap kali mereka membuat transaksi.

Antara laman web yang menawarkan affiliate marketing adalah seperti Remitano, cex.io, Changelly, Coinbase, LocalBitcoins dan macam-macam lagi. Malah wallet matawang kripto seperti Ledger, Trezor dan Keepkey juga mempunyai affiliate program mereka sendiri.

8. Trading bot

Cara ini adalah bagi mereka yang sudah advanced dalam perdagangan matawang kripto. Menggunakan trading bot membolehkan anda menjalankan perdagangan di beberapa bursa pertukaran kripto dalam masa yang sama dan anda tidak perlu duduk menghadap komputer anda sepanjang hari.

Namun begitu, untuk membangunkan trading bot bukanlah mudah. Jika anda seorang programmer atau minat belajar coding dan ingin menjana pendapatan melalui matawang kripto, anda bolehlah menggunakan trading bot untuk berdagang untuk anda.

Baca: Apa itu Bot Perdagangan Kripto (Trading Bot)?

9. Terima pendapatan dalam kripto

Akhir sekali adalah dengan menerima pendapatan dalam kripto. Pernah dengar tentang bounty program? Melalui bounty program yang biasanya ditawarkan oleh projek matawang kripto baru, anda boleh membuat tugasan seperti penterjemahan whitepaper atau bahan pemasaran, promosi token atau coin di media sosial dan sebagainya. Sebagai ganti anda akan dibayar dengan token projek itu dan anda boleh menjualnya sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam bursa pertukaran kripto.

Selain daripada itu, anda juga boleh memohon bos anda membayar gaji anda dalam matawang kripto. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada gaji anda. Kini terdapat beberapa aplikasi yang dibangunkan khas untuk memudahkan pembayaran gaji dalam matawang kripto.

Baca: Apa itu Bounty Program?, Patutkah Gaji Dibayar dalam Bitcoin atau Kripto?

Kesimpulan

Itulah 9 cara untuk membuat duit dengan matawang kripto. Perasan tak apa yang tiada di sini? “Sertai program yang menjanjikan pulangan kripto!” “Dapatkan pulangan berlipat kali ganda setiap hari.” “Labur RM100 dapat RM1000.” Itu semua adalah panggilan masuk ke dalam program ponzi, skim piramid dan scam.

Jika anda mendapat tawaran untuk “menyertai” sesuatu dan mendapat pulangan daripadanya, tolong jangan sertai dengan melulu. Kaji selidik dahulu. Jadilah pelabur yang bijak ye. Baca artikel kami tentang bagaimana untuk kenal pasti scam atau infografik kami tentang 10 ciri-ciri scam kripto.

Jangan cakap kami tak payung ye!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.