Default – Above Header Ads

Adakah Kerajaan sudah Mula Menerima Matawang Kripto/Blockchain?

Tahun 2017 boleh dikatakan tahun pengenalan matawang kripto dan teknologi Blockchain. Walaupun Bitcoin telah wujud hampir satu dekad, ia hanya mula menerima ‘spotlight’ daripada laman media utama dalam suku kedua tahun 2017. Harga Bitcoin mula naik secara perlahan-lahan  selepas berita kerajaan Jepun menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran yang sah (Undang-undang Bitcoin di Jepun: Apa Kesannya?) dilaporkan dan menjelang bulan Ogos, dalam masa 4 bulan sahaja harga Bitcoin meningkat dari kurang daripada USD$1,000 kepada hampir USD$5,000.

Hampir 80 peratus daripada pasaran Bitcoin dikuasai oleh Jepun pada ketika itu. Negara Jepun dianggap sebagai pelopor dalam penerimaan Bitcoin sebagai matawang dan ramai yang menganggap ianya sebagai petanda yang baik. Namun begitu, peningkatan harga Bitcoin dan matawang kripto lain tidak kekal lama. Berita tentang tindakan kerajaan China melarang ICO dan menyiasat platform pertukaran menyebabkan harga Bitcoin dan matawang kripto lain jatuh secara mendadak (Larangan ICO punca Utama Pasaran Matawang Krypto Terjejas).

Dan trend naik turun harga Bitcoin dan matawang kripto kerana reaksi kerajaan seluruh dunia berterusan sehingga hari ini. Ini adalah kerana penerimaan kerajaan terhadap matawang kripto/Blockchain adalah salah satu faktor besar yang mempengaruhi pergerakan pasaran matawang kripto, dan juga perkembangan dalam teknologi Blockchain. Tidak kira reaksi yang positif atau yang menyokong pembangunan Blockchain (Jepun, Singapura, Gibraltar) atau negatif (China, Korea Selatan, India), pasaran matawang kripto pasti akan terjejas dalam jangka masa pendek.

Sebelum ini penulis ada menulis artikel tentang Mengapa Kerajaan Takut kepada Matawang Kripto?, dan ketika itu tindakan kerajaan yang menghalang ICO, atau menghentikan operasi platform pertukaran dan mengeluarkan pelbagai polisi dan akta berkenaan matawang kripto/Blockchain dilihat sebagai membantut perkembangan teknologi Blockchain. Kebanyakan kerajaan seluruh negara masih lagi berusaha untuk mencari cara terbaik untuk mengawal selia matawang kripto dan beberapa negara mengambil keputusan untuk menghalang bank berurusan dengan matawang kripto seperti India, Pakistan dan Iran.

Persoalannya, Bolehkah Kerajaan mengawal selia Bitcoin dan Matawang Kripto? Sama ada menghalang, menyokong atau mengawal selia, apa yang pasti, teknologi Blockchain dan matawang kripto sudah pun menembusi hampir seluruh dunia dan kerajaan perlu mengiktirafnya. Kini, berita-berita seperti Bangkok Bank Bergabung Dengan Inisiatif Blockchain Kewangan R3Bank Taiwan Melaksanakan Sistem Pembayaran Berasaskan EthereumJP Morgan Failkan Paten Untuk Pembayaran P2P Antara Bank Berasaskan Blockchain dan banyak lagi sudah menjadi sesuatu yang biasa, menunjukkan kehadiran teknologi Blockchain dalam industri perbankan.

Malah, kerajaan pun sudah mula menerokai kemungkinan matawang kripto bank berpusat atau memulakan inisiatif untuk menguji teknologi Blockchain dalam sistem bank negara. Ini sedikit sebanyak menandakan bahawa kerajaan sudah pun mula mengiktiraf teknologi Blockchain dan bersifat terbuka dalam usaha mengimplementasi teknologi Blockchain dalam sistem kewangan negara. Buat matawang kripto pula, kebanyakan kerajaan bertindak untuk mengikut jejak langkah SEC dengan mengeluarkan polisi untuk mengawal selia matawang kripto yang diklasifikasikan sebagai sekuriti, dan juga peraturan buat platform pertukaran seperti yang dilakukan oleh Malaysia sendiri.

Kesimpulannya, walaupun matawang kripto masih lagi mempunyai pelbagai cabaran sebelum boleh menggantikan matawang fiat (3 Halangan sebelum Matawang Kripto boleh Menggantikan Matawang Fiat), tidak boleh dinafikan bahawa tahun 2018 telah membawa matawang kripto/Blockchain ke persada dunia dan kewujudannya tidak boleh diketepikan lagi tidak kira sama ada ianya hanya satu ‘hype‘ ataupun tidak.

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads